Rabu lalu, Santiago Solari berkata Real Madrid kalah 3-0 secara bermaruah di Santiago Bernabeu. Entah apa maksudnya itu, harus dia saja yang tahu.
Tewas sekali lagi 0-1 kepada lawan yang sama, Barcelona, di venue serupa awal pagi tadi, tiada lagi alasan mampu ditawarkannya pada ketika jurulatih berusia 42 tahun itu hampir pasti ditunjukkan pintu keluar pada musim panas nanti – kecualilah mereka memenangi Liga Juara-Juara buat kali keempat.
Seolah-olah tiada siapa yang tahu di mana puncanya sewaktu pengurusan, pemain dan penyokong Real Madrid tidak boleh berterusan menyalahkan ketiadaan Cristiano Ronaldo sebagai penyebab kemunduran mereka musim ini.
Belum pernah lagi Real tewas tiga kali berturut-turut di laman sendiri kepada musuh abadi mereka itu – termasuk 0-3 dalam liga tahun lalu – hinggakan penyokong menyimpulkan tidak pernah menyaksikan pasukan mereka sebegitu lembik dalam aksi El Clasico.
.jpg)
Seperti dilaporkan akhbar harian bola sepak Sepanyol, Marca, dalam aksi 180 minit minggu ini saja, tiada sebarang jaringan dapat disaksikan daripada pasukan pujaan mereka.
Kini sudah lebih 300 minit sejak kali terakhir mereka meraikan gol Real dalam Clasico di Bernabeu menerusi jaringan Karim Benzema dalam aksi Supercopa de Espana 2017.
Timbul sindiran penyokong sendiri bahawa Real tidak akan mampu menewaskan penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen, sekalipun permainan dilanjutkan beberapa jam lagi.
Hakikat bahawa Vinicius Junior (18) dan Sergio Reguilon (22) adalah dua pemain Real yang paling menonjol awal pagi tadi, mengisahkan betapa tonggak Los Blancos semakin hanyut dimamah usia.
Di sebalik pernah merajai kancah Eropah, kedua-dua Marcelo dan Gareth Bale hanya berperanan sebagai pemain gantian kini sambil Isco – perancang gerakan kegemaran di bawah Zinedine Zidane sebelumnya – terus ketandusan waktu bermain yang diberikan Solari.
Gara-gara itu semua, Real terhukum. Permainan mereka tidaklah terlalu buruk, mereka tetap berpeluang tetapi terlalu mudah menyerah. Mereka tewas satu perlawanan yang mereka tidak pun berhak kalah dan lebih mengecewakan, mereka pun tidak tahu sebab-sebabnya.
Sebenarnya mereka tahu tapi tidak lagi boleh menjadikannya alasan – Real tidak lagi memiliki pemain sehebat Ronaldo, seorang mesin pemusnah yang tiada tolok-bandingnya.
Calon penggantinya, Bale, mengharungi satu lagi malam mengecewakan dan meninggalkan padang selepas 61 minit di tengah-tengah siulan penyokong sendiri.
Salahnya dia sendiri juga kerana gagal menemui jaring di Bernabeu sejak golnya ketika menentang Roma, September tahun lalu, di sebalik sudah menyumbat 13 kali dalam 32 perlawanan musim ini, dengan yang terakhir menerusi penalti ketika menentang Levante.
Lebih malang, perlawanan pagi tadi mungkin menandakan ucapan selamat tinggal daripada penjaga gol, Keylor Navas, dengan ketibaan Thibaut Courtois sebagai pilihan pertama.
Dengan Courtois menjadi sandaran dalam LaLiga dan Liga Juara-Juara, peranan Navas hanya terbatas kepada saingan Copa del Rey di mana mereka telah pun terkeluar dan pilihan yang tinggal buatnya ialah jendela perpindahan bulan Mei nanti.
Ia bukan lagi satu penamat buat Real Madrid yang masih mempunyai hayat dalam Liga Juara-Juara tapi dengan kemunduran dalam saingan domestik, penyokong pun tahu hanya keajaiban yang mampu menyelamatkan musim mereka.