Pelumba Moto GP yang mewakili pasukan Honda, Marc Marquez, terpaksa melupakan seketika saingan Moto GP selepas patah lengan kanannya akibat kemalangan dalam saingan di Litar Jerez.
Pelumba yang terkenal dengan tunggangan berani itu terjatuh pada pusingan ke 22 dan gagal menamatkan perlumbaan yang berbaki empat pusingan.
Buat masa ini, Marquez dijangka akan menjalani pembedahan secepat mungkin bagi membolehkannya kembali menunggang dengan kadar segera. Marquez yang merupakan juara dunia empat tahun berturut-turut (2016-2019) bejanji di laman twitternya yang beliau akan kembali bangkit dan beraksi semula selain menegaskan kemalangan ini merupakan perkara biasa dalam sukan permotoran.
Dalam kategori Moto2 pula, wakil dari Malaysia Hafizh Syahrin menampilkan tunggangan mantap untuk mengakhiri perlumbaan di tangga ke enam, yang merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Pelumba pasukan Inde Aspar Team Moto2 itu memulakan perlumbaan di petak ke lima belas, mencatatkan masa keseluruhan 39 minit 38.875 saat dalam perlumbaan yang membabitkan 23 pusingan.
Mengakui merindui aksi berlumba di litar, keputusan yang diraih membuktikan Hafizh masih mempunyai sengat dan sentuhan biarpun banyak menghabiskan masa sewaktu PKP bermain permainan atas talian yang mendapat sambutan hangat. Sebelum perlumbaan, ramai pihak berangapan aksi dari Hafizh mungkin sedikit berkarat, tetapi segalanya berubah di Litar jerez semalam. Keputusan di Litar Jerez jauh berbeza dengan aksi terakhirnya yang menduduki tempat ke 19 pada GP Qatar sebelum liga ditangguhkan.
Saingan Moto2 menyaksikan Pelumba SKY Racing Team VR46, Luca Marini memenangi perlumbaan dikuti Tetsuta Nagashima ( Red Bull KTM Ajo) dan rakan sepasukan Nagashima, Jorge Martin di tangga ketiga. Dalam pada itu, seorang lagi pelumba negara Kasma Daniel Kasmayudin menamatkan perlumbaan di tempat ke 22 selepas bermula di petak terakhir (30).

Marc Marquez will undergo surgery after this horrendous crash at Jerez! ? We wish the world champion the very best in his recovery! ? #SpanishGP ??
Posted by MotoGP on Sunday, July 19, 2020
Buat masa ini, Marquez dijangka akan menjalani pembedahan secepat mungkin bagi membolehkannya kembali menunggang dengan kadar segera. Marquez yang merupakan juara dunia empat tahun berturut-turut (2016-2019) bejanji di laman twitternya yang beliau akan kembali bangkit dan beraksi semula selain menegaskan kemalangan ini merupakan perkara biasa dalam sukan permotoran.
A dramatic, historic and unforgettable #MotoGP season opener! ? Check out the top 5 moments from the #SpanishGP! ??