Mana-mana pemain lain harus sanggup bergadai nyawa untuk berada di tempatnya tapi Ousmane Dembele mengambil mudah apa saja, seolah-olah tiada apa yang menggusarkannya.
Dembele, yang baru menyambut ulang tahun hari lahir ke-22 pada 15 April lalu, ringkasnya sudah menikmati segala-galanya pada usia semuda itu.
Dia telahpun beraksi untuk dua antara kelab paling menarik di Eropah, Borussia Dortmund dan Barcelona – di mana dia berganding dengan Lionel Messi dan Luis Suarez untuk menubuhkan trio serangkai M-S-D selepas perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG).

Lebih daripada itu, pemain sayap Perancis daripada keturunan Mauritania itu, yang memulakan kerjaya di kelab Ligue 1, Rennes, sebelum menyertai Dortmund pada 2016, tidak hanya pernah meraih trofi di dua negara berbeza, malah turut mengecapi nikmat menjulang Piala Dunia bersama Perancis tahun lalu.
Tapi ‘Man’, yang kini bergaji €12 juta (RM55j) setahun di Barcelona – perpindahannya pada Ogos tahun lalu pada nilai £135.5 juta (RM691j) hanyalah yang kedua tertinggi selepas perpindahan £200 juta Neymar (RM1.02 bilion) ke PSG – masih boleh buat selamba dengan segala tumpuan terhadapnya.
Malah, pada hari-hari terakhirnya di Dortmundlah, dia mula buat hal apabila menghilangkan diri selama berminggu-minggu tanpa dapat dihubungi sebagai helahnya untuk memaksa kelab itu melepaskannya menyertai Barca.
Meneruskan resminya sebagai seorang yang tak kisah dan mengambil mudah, ‘belang’ sebenarnya lambat-laun terdedah juga di Camp Nou di sebalik Bayern Munich dan Liverpool dikatakan berminat untuk mendapatkannya musim panas ini.
Apatah lagi, ketibaan Antoine Griezmann daripada Atletico Madrid kini menurunkan darjat Dembele – pemain sayap lincah yang gemar menyusup ke tengah dan melakukan rembatan -- selaku pemain pelapis yang akan dikerah kudratnya hanya apabila perlu.
Menurut laporan L’Equipe, pengurus Liverpool, Jürgen Klopp, pernah tertarik dengan prospek mendatangkan pemain itu, begitu juga Bayern Munich sebagai alternatif kepada ikhtiar mendapatkan Leroy Sane yang mungkin enggan dilepaskan Manchester City.
Jika ‘Man’ masih tak kisah pun, pengumuman Klopp bahawa The Reds tidak akan berbelanja besar lagi musim ini di samping amaran keras legenda Bayern, Lothar Matthaus, bahawa pemain itu hanya akan membawa bersama masalahnya, harus membuat Dembele kini berfikir dua kali.

Sambil Dembele tidak dibebani kecederaan ketika bersama Dortmund, ceritanya berbeza dalam musim pertamanya bersama Barca lagi apabila dia terlepas 20 perlawanan dalam tempoh 106 hari di antara September 2017 dan Januari 2018 gara-gara masalah hamstring.
Kemudian, dia terlepas tujuh perlawanan dalam tempoh 26 hari lagi pada Januari 2018, kali ini kerana masalah otot.
Kecederaan pergelangan kaki mengetepikannya daripada lima perlawanan pada pertengahan musim 2018/19, disusuli empat perlawanan lagi pada Mac lalu disebabkan koyakan otot manakala masalah hamstring menyisihkannya selama 42 hari di antara Mei-Jun lalu.
Dan angkara semua itu, Dembele – dengan rekod menjaringkan 18 gol daripada 65 penampilan dalam semua kejohanan sepanjang dua musim -- dikatakan semakin kurang mendapat kepercayaan pengurus, Ernesto Valverde.
Terdapat juga laporan kononnya Barcelona turut bimbangkan pemakanan Dembele hingga menjejaskan kecergasannya di samping ketagihannya terhadap permainan video yang sudah beberapa kali menyaksikan lewat tiba ke padang latihan.

Seperti dilaporkan www.90min.com, ia pernah mendorong Suarez untuk mengeluarkan amaran kepada pemain itu November lalu supaya menerapkan sikap lebih profesional sambil Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, dikatakan turut mengeluarkan surat kata dua berkaitan hal yang sama.
Cuma, mujur buat Dembele, dia baru dimaklumkan minggu lalu bahawa dia masih mempunyai masa depan di Camp Nou, dengan lembaga pengarah kelab memutuskan untuk tidak menjualnya pada waktu ini.
‘Man’ perlulah lebih kisahkan dirinya selepas ini kerana dengan klausa pelepasan €400 juta/£369.6m (RM1.8 bilion), tiada sesiapa yang akan menginginkannya.