Seorang demi seorang tonggak hoki negara terpaksa menarik diri daripada sertai Piala Sultan Azlan Shah 2019 ekoran kecederaan. Terbaru kapten, Sukri Mutalib yang mengalami patah jari manis kanan selepas beraksi pada final Piala TNB, minggu lalu.
Pertahanan itu diminta berehat sekitar enam minggu.
Ketiadaan Sukri tamparan hebat terhadap skuad kendalian Roelant Oltmans yang berpeluang menjulang Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama memandangkan penganjur menjemput pasukan kurang ternama untuk edisi ke-50.
“Saya tidak tahu jari patah ketika minit ketujuh final Piala TNB. Saya fikir hanya kecederaan biasa dan meneruskan permainan. Tapi, lama-kelamaan ia makin sakit dan saya terpaksa dikeluarkan pada suku terakhir".
“Selepas seminggu baru saya menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan jari saya patah,” katanya.
India selaku penghalang utama, merehatkan ramai pemain terbaik mereka termasuk pakar pukulan sudut penalti, Rupinder Pal Singh sambil Malaysia dijangka mampu mengatasi Kanada, Jepun, Korea Selatan dan satu lagi negara yang sedang dipancing penganjur ekoran penarikan diri Afrika Selatan.
Selain Sukri, Malaysia juga hilang khidmat penjaga gol, S Kumar selain pertahanan, Syed Syafiq Syed Cholan dan Najib Abu Hassan ekoran kecederaan.
Ini bermakna, tinggal 24 pemain merebut slot 18 terbaik ke Ipoh, Perak dengan sesi pemilihan akan diadakan di Kuantan, Pahang membabitkan kehadiran bekas pakar pukulan sudut penalti terbaik dunia, Taeke Taekema dari Belanda.
Saya fikir beberapa pemain muda seperti penyerang, Mohd Akhimullah Anuar Esook dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi boleh diberi peluang ke Ipoh. Mereka beraksi cemerlang bantu Tenaga Nasional Berhad muncul naib juara Liga Hoki Malaysia walaupun pasukan itu tidak dibarisi pemain import.
Siapapun yang dibawa ke Ipoh perlu sedar, mereka berpeluang cipta sejarah.
Soalnya, adakah mereka mampu merebut peluang itu terutama tanpa kapten Sukri?