"Boleh pun kalahkan Jepun, ape yang liat sangat?"
Itu yang bermain dalam fikiran saya selepas skuad hoki negara menewaskan Jepun 4-0 untuk meraih tangga ketiga Kejohanan Terbuka Antarabangsa Darwin di Australia.
Ia membuktikan kemampuan The Malaysian Hockey Tigers mengatasi pasukan yang terkenal dengan sikap tidak mengaku kalah terutama selepas raih pingat emas Sukan Asia Indonesia, tiga minggu lalu.
Secara keseluruhan, Malaysia menjaringkan 11 gol, bolos 11 gol.
Pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abdul Rahim, dan penyerang, Mohd Haziq Shamsul, muncul penjaring terbanyak negara menerusi tiga gol.
Razie memang sinonim dengan gelaran mesin penjaring gol tetapi Haziq baru menyertai kejohanan sulung dalam tempoh 11 bulan!
Ini membuktikan dia antara penyerang terbaik di negara ini ketika penggempur utama, Faizal Saari dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil tidak dibawa ke Darwin.
Soalnya, mengapa dia direhatkan terlalu lama?
Malah, penyerang berusia 24 tahun itu tidak menyertai Sukan Asia Indonesia yang menyaksikan Malaysia raih perak sekaligus terlepas tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Haziq juga terlepas Piala Sultan Azlan Shah, Sukan Komanwel Gold Coast selain aksi persahabatan di Perth, Australia.
Saya tidak mahu mempersoalkan proses pemilihan pengendali negara, Stephen van Huizen sebelum ini tetapi statistik menunjukkan Haziq patut berada dalam kejohanan penting.
Malah, dia juga muncul penjaring terbanyak ketika Malaysia mengadakan lima aksi persahabatan menentang Argentina, Mei lalu.
Skuad negara akan menyambung semula sesi latihan di Bukit Jalil, minggu depan sambil disertai enam tonggak utama yang direhatkan menjelang Trofi Juara-Juara Asia di Oman, bulan depan diikuti Piala Dunia di Bhubaneswar, India (November).
Malaysia tewaskan Jepun dan Haziq perlu dikekalkan.