Zinedine Zidane awal-awal lagi sudah membayangkan akan kehilangan tugasnya selepas melihat Real Madrid sedang berhempas-pulas dalam LaLiga dan mengakui Liga Juara-Juara Eropah (UCL) satu-satunya peluang untuk menyelamatkannya.
Gagal menyusun sekurang-kurangnya tiga kemenangan berturut-turut dalam enam perlawanan liga terakhir, dengan kerap kali pendahuluan mereka dirampas pada hujung perlawanan, menambahkan tekanan Madrid yang kini terpaksa menduduki tangga keempat dan ketinggalan 18 mata di belakang peneraju, Barcelona.
Disingkirkan daripada Copa del Rey oleh skuad kelompok bawah, Leganes, dan ditinggalkan dengan sejumlah mata sebanyak itu selepas seri 2-2 dengan Levente pagi tadi, hanya tinggal pusingan 16 UCL menentang Paris Saint-Germain (PSG) untuk diberi perhatian Madrid.
"Tahun ini sukar buat kami," kata Zidane hari ini. "Kami tidak fokus dan itu yang sukar untuk diterima. Lawan boleh mengambil peluang daripada kesukaran kamu. Kami sepatutnya boleh mengelak jaringan kedua."
Segala-galanya seperti bermula sejak tewas 3-0 di tangan Barcelona pada akhir tahun lalu -- Madrid selepas itu tidak ubah seperti 'tenggelam timbul' kerana di sebalik kemenangan besar 7-1 ke atas Deportivo de La Coruna dan 4-1 berdepan Valencia, ia disulami seri dan kalah, termasuk dalam Copa del Rey.
Dua trofi dalam dakapan Madrid itu sedang ditarik-tarik di mana mereka mungkin gagal menambah gelaran Supercopa de Espana yang dimenangi Ogos lalu.
Tidak perlu mengulas lagi tentang persaingan mereka dengan Barcelona yang kini satu-satunya skuad tidak tertewas di Eropah, kemenangan ke atas PSG dalam pusingan 16 nanti pun masih jauh untuk pasti.
Tidak hanya kerana rekod cemerlang PSG dengan kelebihan 11 mata mengatasi Marseille di puncak Ligue 1, skuad Unai Emery itu sudah lama membuat perancangan di pentas Eropah sejak kekalahan paling mengecewakan di tangan Barca -- tewas 1-6 selepas mendahului 4-1 -- dalam pusingan sama tahun lalu sehinggakan mereka bertekad mengambil pemain pasukan itu, Neymar.
Dan ketika Madrid masih mencongak bahagian pertahanannya yang longgar, perlawanan pertama yang ditunggu-tunggu pada 15 Februari ini pastinya menekan Zidane.
Selepas ditanya mengenai perlawanan itu, Zidane hanya menjawab ringkas: "Saya hanya fikirkan mengenai perlawanan seterusnya. Itu sahaja."