Skip to main content

Advertisement

Rencana

LZJ sandaran baru negara ganti DLCW?

lee-zii-jia.jpg
Penulis pasti seluruh peminat sukan tempatan masih lagi terkejut mengenai laporan jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang alami masalah kesihatan sehingga terpaksa menarik diri daripada dua tugasan utama.

Apa yang pasti, tiada nama Chong Wei dalam Kejohanan Dunia anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang bermula 30 Julai dengan dia dijadualkan berdepan pemain Perancis, Brice Leverdez di pusingan pertama.

Ramai berpandangan ini peluang terbaik buat Chong Wei untuk cuba memenangi gelaran dunia pertamanya selepas undian yang dianggap cukup memihak kepadanya.

Selain itu, ia juga medan terbaik buat Chong Wei untuk tebus dendam, kecundang kepada Leverdez dalam aksi pusingan pertama kejohanan yang sama di Glasgow, Scotland.

Begitupun segalanya tidak menjadi kenyataan selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Selasa buat pengumuman ringkas penarikan diri Chong Wei daripada Kejohanan Dunia di samping Sukan Asia di Indonesia.

Lantas hanya pemain profesional, Liew Daren menjadi wakil tunggal negara dalam bahagian perseorangan di Kejohanan Dunia nanti.

Manakala untuk Sukan Asia, ketiadaan Chong Wei dilihat dapat menyerlahkan kemampuan pemain muda negara, Lee Zii Jia sebagai sandaran baru Malaysia untuk bahagian perseorangan.

Mempunyai fizikal yang cukup baik persis Chong Wei, pemain berusia 20 tahun ini menjadi harapan terbaik untuk meneruskan legasi yang mungkin sudah sampai ke penghujungnya buat jaguh negara itu.

Penulis sendiri berpeluang menyaksikan permainan Zii Jia semasa dia wakili skuad negara dalam kempen Piala Thomas di Bangkok, Mei lalu dan walaupun Malaysia gagal menjejak kaki ke separuh akhir, potensi yang ditunjukkan Zii Jia perlu diberikan perhatian.

Sukan Asia menjadi medan terbaik buat Zii Jia untuk buktikan dia kini sedia untuk galas tanggungjawab yang pernah dipikul Chong Wei sebelum ini dan penulis harapkan pemain kelahiran Alor Setar ini dapat tingkatkan lagi keyakinan yang ada pada dirinya.

Advertisement

Must Watch Video