Belum pun terlalu lama -- hanya beberapa minggu lalu -- sebahagian penyokong Manchester
United menuntut agar kelab itu menjual Romelu Lukaku musim panas ini.
Sentuhannya dikatakan tidak cukup bagus di samping tubuhnya dikatakan gempal untuk mengasak
dengan tahap keamatan seperti yang dituntut oleh Ole Gunnar Solskjaer.
Namun, semua itu hanya beberapa minggu lalu – betapa cepatnya nasib boleh berubah dalam bola
sepak, seperti bola itu sendiri yang jenamanya adakala di atas dan adakala di bawah apabila ia bergolek
atau berputar.
Cukuplah untuk dkatakan pengkritik Lukaku semakin senyap sepanjang seminggu ini. Malah, cukup
untuk dikatakan tiada siapa lagi yang meneruskan desakan agar dia dijual.
Lebih daripada memadai untuk menyimpulkan Lukaku kini dijulang sebagai “hero” selepas satu malam
yang luar biasa di Paris, Rabu lalu, apabila dia yang mencetuskan salah satu kebangkitan terhebat dalam
bola sepak Eropah.
Ia adalah malam yang amat bermakna buat United, buat Solskjaer, buat Marcus Rashford yang
menjaringkan sepakan penalti kemenangan dalam waktu kecederaan, terlebih-lebih lagi buat Lukaku
yang menutup kelancangan mulut pengkritiknya.
Seperti yang dipaparkan akhbar The Telegraph, apabila Solskjaer menuntut agar Lukaku memanfaatkan
krisis kecederaan dalam pasukan, pengurus sementara itu sekalipun tidak dapat membayangkan
penyerang antarabangsa Belgium itu akan memberi tindak balas sedemikian rupa.
Harus tidak ada banyak contoh seorang pemain lain yang mampu bangkit memenuhi tuntutan
pasukannya dalam situasi terdesak. Namun, Lukaku menepati ciri-ciri itu daripada segala serbi-serbi.
Sedangkan Lukaku tidak pun perlu diingatkan hakikat jika semua pemain cergas, dia harus beratur di
belakang Rashford, Anthony Martial dan Jesse Lingard sebelum mendapat peluangnya bermain, apatah
lagi dia pernah kemarau gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut.

Tapi pilihan yang ada tidak akan semudah itu buat Solskjaer selepas ini – selepas malam yang luar biasa
di Paris – yang memungkinkannya menulis nama Lukaku sebagai nama pertama setiap kali memutuskan kesebelasan utamanya.
Lukaku harus jenis seorang pemain yang mampu mencetuskan percanggahan pendapat – seorang yang
boleh membara pada satu ketika dan membeku pada ketika yang lain – tapi tiada keraguan dia tahu
laluannya ke pintu gol.
Apabila Solskjaer baru-baru ini mahukan Martial dan Rashford lebih tajam menghidu peluang jaringan,
sewajarnya dia menuding jari kepada Lukaku sebagai contoh terbaik.
Kedua-dua golnya ketika menyingkirkan PSG menyerlahkan naluri seorang pemburu jaringan sejati di
sebalik PSG memiliki penguasaan lebih besar dalam permainan hingga membataskan serangan dan
peluang United kepada sekadar beberapa.
Solskjaer sentiasa menekankan peri pentingnya untuk United mendahului jaringan dan Lukaku hanya
memerlukan 111 saat di Parc des Princes untuk melakukannya – merampas hantaran ke belakang Thilo
Kehrer, menggelecek melepasi terpaan Gianluigi Buffon dan dari sudut yang semakin sempit,
meluncurkan kakinya untuk menghalakan bola ke pintu gol ternganga.

Ia adalah contoh penyudahan klinikal seorang penyerang tengah hebat – yang diulanginya ketika
menerpa untuk menyambar lantunan daripada percubaan jauh Rashford yang sekadar ditampan Buffon
untuk Lukaku menyudahkan gol keduanya.
Dengan dua gol Lukaku itu untuk United 2-1 di depan dan memerlukan satu gol lagi yang
disumbangkan penalti Rashford – selebihnya adalah sejarah – dan Lukaku adalah sebahagian
daripadanya.
Nanti dulu. United baru ke suku akhir Liga Juara-Juara dan belum menang apa-apa trofi.
Tapi dengan Lukaku – penyumbang gol berganda dalam tiga perlawanan berturut-turut yang didahului ke atas Crystal Palace dan Southampton – menyamai rekod Cristiano Ronaldo pada 2016 – segalanya
berkemungkinan.
Andai dia mengulangi sentuhan kecundangnya selaku seorang penyerang No. 9, tiada siapa harus
menafikan peluang mereka bergelar juara.