Skip to main content

Rencana

Luar dari kebiasaan,tanam ‘coral’ jadi salah satu aktiviti Kemerdekaan Ke-68!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

etiqa.jpg
Saya berpeluang menyertai Projek Pemuliharaan Marin Etiqa 2025 yang berlangsung di Pulau Tioman baru-baru ini. Program ini memberi fokus kepada pemulihan ekosistem marin dengan menanam semula 100 anak karang serta menyelenggara 27 rangka pemulihan karang di Kampung Salang.

Satu perasaan yang tak dapat dilupakan mengenangkan ia akan menjadi rumah kepada hidupan laut, hasil tanaman saya sendiri! 

Selain itu, pengenalan projek baru — Save the Turtle turut dijalankan bersama Juara Turtle Project. Tumpuan adalah kepada usaha memelihara spesies penyu terancam seperti Penyu Karah dan Penyu Hijau yang semakin berkurangan di perairan kita.

Bermula pada tahun 2022, usaha seperti ini bukan sahaja penting bagi hidupan marin, tetapi turut menyokong industri pelancongan serta memberikan impak positif kepada ekonomi komuniti setempat di Pulau Tioman.

Usaha lain termasuklah — Etiqa turut menyalurkan dana RM33,800 bagi meningkatkan kemudahan komuniti bagi penduduk di kawasan perkampungan salang. 

Secara keseluruhannya, ini merupakah salah satu pengalaman menyelam menarik yang pernah saya sertai dalam masa sama berpeluang menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dan menguatkan kesedaran tentang pentingnya keseimbangan antara pembangunan dan kelestarian.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video