Nampaknya gaji RM175,000 sebulan menjadi tumpuan utama kenapa Lim Teong Kim (LTK) perlu dipecat.
Topik ini menjadi perbualan hangat seluruh Malaysia termasuk dalam kalangan yang tidak berminat tentang bola sepak.
Ironinya, kebanyakan para peminat menyokong LTK dikekalkan termasuk 'Bro' Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.
Daripada perspektif ini, walaupun skuad bola sepak B-16 negara gagal layak ke Piala Dunia B-17 di Peru, pengendali pasukan LTK berjaya memenangi hati ramai.
Jelas, kelayakan, sikap profesional dan kemahuan LTK membantu bola sepak negara dihargai.
Secara profesional, LTK gagal menepati sasaran membawa skuad muda ke Peru dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat justifikasi adil apabila memecat bekas pemain kebangsaan dari Melaka itu.
Pasti pemilihan LTK oleh pihak pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terdahulu telah meneliti kelayakan dan kesesuaiannya menerajui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
Daripada segi kelayakan LTK menang.
Penampilan 311 kali dalam Liga Malaysia, tiga kejuaraan Piala Malaysia buat Kuala Lumpur, 42 aksi bersama skuad negara serta pingat emas Sukan SEA 1989 selain pemain pertama Malaysia beraksi dalam Liga Eropah.
Profilnya dilengkapkan lagi apabila muncul sebagai jurulatih pasukan remaja Bayern Munich dari 2001 sehingga 2013.
Fikirkanlah, kelab gergasi Bayern Munich yang menjuarai Bundesliga 28 kali pasti tidak akan membuat tawaran dan mengekalkan dia selama 13 tahun di dalam kem kejurulatihan mereka jika LTK bukan seorang jurulatih yang cemerlang.
Seperti yang dilaporkan di laporan akhbar tempatan, Syed Saddiq ingin mengekalkan LTK sebagai Pengarah NFDP.
Pasal gaji RM175,000 ramai yang merasakan bukan salah LTK menerima tawaran yang amat lumayan itu kerana wujud situasi 'wiling buyer, willing seller'.
Tapi, ada logiknya dalam situasi kewangan negara kini, seperti yang dinyatakan oleh Syed Saddiq gaji, LTK perlu dikaji semula namun khidmatnya tetap ditagih bola sepak Malaysia.
Harap kata putus terakhir adil dan sesuai untuk kedua-dua pihak dan bola sepak Malaysia.