Skip to main content

Rencana

Lompat kijang Olimpian sebenar

200117-atlet-kijang-negara-muhammad-hakimi-ismail.jpg
Tersenyum lebar jaguh lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail, apabila saintis mendapati atlet lompat kijang ialah Olimpian sebenar.

Kajian mendapati, ketika atlet mendarat di atas pasir selepas melakukan larian dan lompatan, daya yang terhasil ialah 22 kali ganda berbanding berat tubuh atlet.

Bayangkan seorang atlet seberat 80kg akan menjadi 1.7 tan dan lebih menarik, hanya melompat menggunakan sebelah kaki!

Bayangkan jika atlet lompat kijang yang memiliki kaki yang kuat, melakukan rembatan...mungkin mereka boleh dijadikan senjata rahsia Harimau Malaysia.

"Lompat kijang memaksa saya berlatih hingga beri impak kepada badan. Bayangkan, apabila saya beraksi dalam lompat jauh, selepas sekali melakukan lompatan saya akan berehat.

"Tetapi lompat kijang, saya terpaksa melompat berulang kali hingga otot cedera. Namun, itulah yang diperlukan untuk membina otot dan selepas beberapa tahun, fizikal saya berubah.

"Saya menghormati atlet sukan lain dan terkejut dengan hasil kajian ini," kata Hakimi.

Bagi mendapatkan kepastian, saya cadangkan anda melihat susuk tubuh atlet lompat kijang terutama kakinya.

Otot betis pasti besar selain struktur tulang yang mantap!

Tetapi perlu diingatkan, atlet lompat kijang tidak semewah pemain bola sepak, tenis, bola keranjang atau luar negara yang menerima gaji hingga jutaan ringgit.

Atlet lompat kijang mungkin Olimpian sebenar namun gelaran itu bukan jaminan untuk hidup mewah.

Jadi sebagai atlet, mana yang lebih penting?

Advertisement

Must Watch Video