Bunyinya mungkin berbaur nasihat tapi andai diperhalusi, ia harus satu sindiran daripada Jurgen Klopp yang amat menusuk hati.
Dan pengurus Chelsea, Frank Lampard, semestinya berasakan dirinya diperlakukan seperti ‘anak hingusan’ gara-gara keceluparannya sendiri.
Drama sebabak yang singkat ini tercetus malam Rabu lalu apabila Lampard – dalam musim pertamanya selaku pengurus dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) – melabelkan barisan kejurulatihan Liverpool sebagai “angkuh” dalam pertemuan liga di Anfield itu.
Seperti disorot oleh laman thisisanfield.com, Lampard dikatakan terbabit dalam pertikaman lidah dengan Klopp dan penolong pengurus, Pepijn Lijnders, selepas satu faul oleh Mateo Kovacic ke atas Sadio Mane yang meluangkan kepada gol kedua tuan rumah hasil sepakan percuma Trent Alexander-Arnold pada minit ke-38.
Pengurus Chelsea berusia 42 tahun itu menuduh Lijnders sebagai menunjukkan kurang rasa hormat dengan serangan kata-kata yang berbunyi: “Baru satu kejuaraan dan anda sudah menunjukkan rasa bongkak.
Ia disusuli tegurannya kepada Liverpool supaya “jangan bersikap terlalu angkuh” selepas menamatkan penantian 30 tahun untuk bergelar juara liga semula – di samping yang pertama dalam era EPL.

Enggan memburukkan keadaan ketika itu, Klopp menghindarkan diri daripada bertikam lidah dan memilih sidang akhbar dua hari kemudian menjelang pertemuan dengan Newcastle, untuk mengeluarkan pendapatnya.
“Anda tidak boleh menyerang saya atau bangku pemain simpanan saya dengan sesuatu seperti itu. Kerana kami bukannya angkuh,” katanya.
“Frank jelas sekali dalam semangat ingin bersaing dan saya menghormati itu. Pada pandangan saya, anda boleh menuturkan apa saja dalam situasi seperti itu.
“Dia benar-benar beremosi. Dia datang ke sini untuk menang perlawanan atau mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata untuk mara ke kelayakan Liga Juara-Juara (UCL). Saya juga hormati itu tapi apa yang dia perlu belajar ialah menyelesaikannya pada wisel penamat tapi dia tidak melakukannya.
“Dia punya banyak masa untuk belajar, dia jurulatih yang masih muda, tapi itulah yang dia perlu belajar.
“Ketika perlawanan, kata-kata yang dihamburkannya, tiada masalah langsung. Tapi pada wisel penamat, sebagai seorangg ahli sukan sejati, ia sepatutnya berakhir.
“Tapi dia tidak melakukan itu, dan secara jujur, itu yang saya tidak suka.
“Kerana di sebalik apa yang dikatakannya, kami tidak pun angkuh, malah kami adalah sebaliknya. Tapi dalam detik seperti itu, sebagaimana lazimnya dalam pertengkaran, jika anda katakan sesuatu, anda mahu menyakitkan hati pihak lawan.
“Saya tiada masalah dengan itu tapi pada wisel penamat, tutuplah buku,” hurai Klopp, dengan pasukannya meraih kemenangan 5-3 dalam perlawanan itu.
Pada usia 52 tahun kini dan sudah terbabit dalam bidang pengurusan selama 19 tahun, pedih mana pun kata-kata Klopp, yang menjulang trofi UCL musim lalu dan EPL musim ini, ada banyak baiknya jika Lampard ambil pengajaran.