Skip to main content

Rencana

Lee Chong Wei rekod Malaysia

image1_7.jpeg
Sebulan menjelang tayangan perdana, filem biografi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah jadi buah mulut rakyat Malaysia.

Filem arahan Teng Bee itu mengisahkan kehidupan awal Chong Wei yang penuh liku sehingga beliau muncul pemain nombor satu dunia.

Ia membariskan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor yang membawa watak jurulatih Chong Wei (Datuk Misbun Sidek),pelakon Singapura, Mark Lee (bapa, Lee Ah Chai), Yeo Yann Yann (ibu, Khor Kim Chooi), Ashley (isteri, Datin Wong Mew Choo) dan Tosh Chan membawa watak Chong Wei.

Langkah bijak CB Pictures dan Sky Events dengan kerjasama Mahu Pictures yang memilih gelanggang keramat Stadium Nasional Bukit Jalil untuk tayangan perdana.



Dalam hal ini, pujian juga wajar diberikan kepada Perbadanan Stadium Malaysia kerana melangkah setapak lagi untuk mempelbagaikan kegunaan stadium kebanggaan rakyat Malaysia.

Apa yang membuatkan tayangan perdana itu unik kerana ia yang pertama seumpamanya di negara ini. Malah,majlis itu nanti bakal catat sejarah tayangan perdana terbesar di Malaysia kerana Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai kapasiti 87,411 tempat duduk.

Tiket menyaksikan acara berkenaan dijual pada harga RM88, RM108, RM128 dan RM168.

Jika semua tiket terjual (harga termurah secara kasar), maka penganjur berpeluang raih lebih RM7 juta hanya untuk tayangan pertama!

Itu satu langkah yang bijak.

Rekod sudah membuktikan, filem berasaskan genre sukan mendapat sambutan peminat.

Ola Bola terbitan Astro Shaw yang diterbitkan pada 2016 mencatat kutipan RM16.67 juta sekali gus menghuni ranking keenam dalam sejarah filem tempatan paling laris. 

Saya fikir, filem Lee Chong Wei berpeluang mengatasi rekod itu berdasarkan promosi dan reputasi Chong Wei yang jadi atlit kesayangan atlit Malaysia sejak awal dekad lalu.

Advertisement

Must Watch Video