Skip to main content

Rencana

Lampard tunjuk jalan keluar

lampard.jpg
Ketajaman penyudah bahagian serangan Chelsea ketika berhadapan dengan Manchester United pada peringkat separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley telah membawa kejayaan yang penuh gemilang kepada jurulatih muda Chelsea itu Frank Lampard.

Menewaskan Man United dengan jaringan yang besar itu telah memberi makna yang besar dalam kerjaya beliau sebagai pengurus Chelsea apatah lagi ia merupakan kejayaan pertama melangkah ke perlawanan akhir sebagai pengurus.

Walaupun hampir semusim membimbing Chelsea, Lampard telah menonjolkan bakatnya sebagai seorang pemimpin yang mempunyai kualiti tersendiri. Lihat sahaja keberanian Lampard pada awal musim dengan mengetengahkan beberapa pemain muda untuk sama-sama beliau dalam menghanrungi musim yang mencabar. Sebagai pemain sebelum ini Lampard telah  berjaya meraih kejayaan yang cemerlang bersama Chelsea dimana beliau berjaya menjulang tiga kejuaraan Piala FA selain piala-piala utama yang lain. Kejayaan membawa Chelsea ke perlawanan akhir sudah pasti mengembirakan peminat-peminat Chelsea.

Lihat sahaja keyakinan yang dipamirkan Lampard pada setiap perlawanan dengan menerapkkan formasi 4-3-3 mengikut falsafah permainan menyerang sebagaimana kita dapat lihat ketika beliau sebagai pemain midfield yang kretif dan seorang pemain yang mempunyai mentaliti menyerang yang baik selain mempunyai ketajaman memjaringkan gol sebagai mana yang tercatat dengan jumlah jaringan sebanyak 193 gol sepanjang kerjayanya. Inilah nilai-nilai kualiti yang ada pada pengurus Chelsea itu.

Inilah keberanian yang dilakukan oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich apabila membawa pengurus muda yang pernah berbakti pada Chelsea sepanjang kerjayanya sebagai pemain professional. Namun ini belum lagi memuaskan hati Lampard untuk terus melakar kejayaan selagi tidak membawa piala kejuaraan ke Chelsea. Penulis sebagai pencinta bola sepak tanah air juga begitu teruja sekiranya kelab-kelab di Malaysia ini berani memberi peluang kepada jurulatih-jurulatih muda tempatan untuk membuktikan kemampuan mereka. Tetapi sebelum mengakhiri tulisan ini penulis ingin mengucapkan sekali lagi tahniah kepafa Chelsea yang telah menunjukan jalan keluar kepada Man United dalam saingan Piala FA musim ini.

Advertisement

Must Watch Video