Skip to main content

Rencana

Laluan selesa buat Selangor ke separuh akhir

selangor_2.jpg
Selepas aksi suku akhir pertama Piala FA minggu lalu, Selangor jelas memiliki kelebihan terbaik selepas membenam Kuala Lumpur 3-0.

Ia adalah permulaan baik buat Muhd Nazli Azmi Muhd Nasir, yang sudah disahkan sebagai pengendali tetap Selangor sebelum berdepan skuad Warga Kota.

Bagi pengendali Kuala Lumpur Fabio Maciel pula, sudah pasti dia perlu bekerja keras mencari pendekatan taktikal terbaik untuk bangkit pada aksi timbal balik 21 April ini.

Yang pasti, Maciel belum berjaya mencongak strategi terbaik menangani Selangor, selepas turut tumpas 2-0 kepada lawan sama pada aksi pertama Liga Super musim ini.

Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) yang terikat 0-0 pada aksi pertama di Kuantan dilihat memiliki peluang seimbang.

Di atas kertas, sedikit kelebihan buat Harimau Selatan yang akan beraksi di Larkin untuk aksi kedua 20 April ini.

Namun, peraturan gol di laman lawan turut memberi harapan buat skuad Tok Gajah ke separuh akhir.

PKNS FC turut meraih bekalan tipis untuk aksi kedua selepas menang 2-1 ke atas Perak Sabtu lalu.

Penulis menjangkakan skuad kendalian Mehmet Durakovic menyerang habis-habisan di aksi kedua 21 April ini.

Felda United tampak memiliki kelebihan hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas PKNP FC di Stadium Batu Kawan dalam satu lagi aksi suku akhir pertama Sabtu lalu.

Ramalan penulis ke separuh akhir, Selangor, PKNS FC, JDT dan Felda United

Namun, ini hanya ramalan penulis dan penulis pada masa sama tidak memperkecilkan juga peluang Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan PKNP untuk aksi kedua.

Kadang-kala, pertandingan kalah mati sukar dijangka dan keputusan mengejut juga boleh berlaku.

Advertisement

Must Watch Video