Kelainan fizikal tidak pernah melunturkan semangat juang dan patriotik atlet para Malaysia.
Menyarung jersi berbelang harimau seperti atlet normal merupakan kebanggaan mereka untuk membuktikan walaupun lain, tetapi misi dan keazaman mereka mengibarkan Jalur Gemilang tetap sama.
Situasi Malaysia tidak mampu menyediakan pakaian rasmi kepada atlet para di Sukan Para Asia, Jakarta Indonesia yang akan membuka tirai pada 6 Oktober ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat.
Kebanyakannya kurang senang kerana rakan sepasukan atlet normal baharu sahaja kembali ke tanahair setelah membawa pulang 7 pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa dari Sukan Asia, dan dengan megah memakai pakaian rasmi berbatik di upacara pembukaan.
Tidak adil.
Namun, akhirnya lega kerana isu ini diselesaikan dengan baik apabila mendapat bantuan pihak korporat.
Temasya Sukan Para Asia edisi ketiga ini meliputi 120 atlet para negara dan 105 pegawai. Malaysia akan mengambil bahagian dalam 151 acara dalam 15 sukan.
Empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan kontinjen para Malaysia membawa pulang 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjanji untuk memberi tumpuan dan layanan sama rata kepada atlet para.
Beliau percaya di Jakarta nanti, atlet para negara akan menunjuk belang mencipta kejayaan lebih-lebih lagi dengan adanya tiga tonggak utama yang juga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016, Abdul Latif Romly, Ziyad Zolkefli dan Ridzuan Puzi.
Selamat maju jaya!