Bergegar arena sukan negara apabila dikejutkan dengan dua insiden memalukan membabitkan skuad terjun negara.
Siapa sangka, acara yang memegang status harapan utama negara dalam setiap temasya Sukan Olimpik, Komanwel dan Asia, kini berdepan kemelut yang mampu memusnahkan reputasi gah mereka.
Seorang jurulatih didakwa merogol penerjun negara.
Walaupun identiti kedua-duanya dirahsiakan, namun kes ini membuktikan tiada siapa terlepas daripada jenayah seksual apatah lagi penerjun perlu memakai pakaian menjolok mata.
Dengan penampilan sebegitu, ada mata yang memandang apatah lagi kebanyakan penerjun wanita negara memiliki rupa paras menawan.
Dalam soal ini, adakah mereka dilindungi daripada gangguan seksual apabila perlu memakai pakaian itu setiap kali ke Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil?
Adakah Majlis Sukan Negara atau Institut Sukan Negara memantau keselamatan atlet negara yang terdedah dengan gangguan seksual setiap kali mereka berlatih atau menyertai kejohanan?
Nasi sudah menjadi bubur, kes rogol itu sudah berlaku dan ia bukan kali pertama membabitkan pegawai sukan Malaysia.
Pada 1992, seorang jurulatih olahraga pernah ditahan kerana melakukan gangguan seksual terhadap atlet hingga dijatuhkan hukuman penjara.
Kes kedua, penerjun yang menyumbang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dikesan positif doping.
Ia sesuatu yang mengejutkan kerana kebanyakan penerjun negara dipantau rapi menerusi Program Podium.
Saya masih ingat ketika menghadiri majlis pelancaran Program Podium pada 2 Februari 2016.
Antara yang diperjuangkan pakar Program Podium ialah penelitian terhadap perkara sekecil zarah untuk atlet mereka. Contohnya mereka akan mengkaji nutrisi atlet, menyelia program latihan, kursus berdepan media malah melantik pegawai psikologi untuk mereka yang bercerai atau putus cinta.
Begitu hebat Program Podium tetapi akhirnya, penerjun tetap positif doping.
Harapan mereka ketika ini ialah menjalankan ujian sampel B negatif dan mendoakan keputusannya negatif walaupun tipis.
Pastinya isu ini mengecewakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang melaungkan agar Kuala Lumpur 2017 perlu bebas doping seperti dilakukan Singapura, dua tahun lalu.
Nampaknya misi itu gagal walaupun Malaysia muncul juara keseluruhan.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Saya harap Pandelela Rinong dan rakan-rakan tidak patah semangat. Ini halangan yang perlu mereka tempoh dalam laluan lebih berliku tahun depan menjelang Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Indonesia.
Kuatkan semangat skuad terjun negara!