Skip to main content

Rencana

Konspirasi atau hanya alasan?

hamilton-someone-doesn-t-want-me-to-win-this-year-.jpg

Persoalan itu pastinya menjadi bualan hangat peminat sukan Formula One selepas tamat perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia pada Ahad.

Ia berikutan kegagalan pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan selepas alami masalah enjin pada pertengahan saingan.

Umum mengetahui perseteruan hebat antara Hamilton dan juga rakan sepasukannya, Nico Rosberg yang mendahului senarai keseluruhan pelumba setakat ini dengan baki lima perlumbaan untuk diharungi.

Manakala Hamilton memburu hatrik gelaran dunia bersama Mercedes dan yang keempat keseluruhan buat dirinya selepas memenangi kejuaraan 2008, 2014 dan 2015.

Namun tidak semuanya memihak kepada pelumba kelahiran Britain itu apabila alami pelbagai masalah demi masalah.

Terbaharu masalah enjin di Sepang yang disifatkannya sebagai satu konspirasi untuk memastikan dia tidak bergelar juara musim ini.

Ini merupakan kali kedua Hamilton gagal menamatkan perlumbaan selepas Grand Prix Sepanyol pada Mei.

Selain itu, dia juga mempunyai pasukan kejuruteraan yang berbeza di mana unit yang berkhidmat bersamanya sebelum ini ditukarkan untuk mengendalikan jentera Rosberg.

Nyata reaksi Hamilton selepas GP Malaysia menimbulkan pelbagai kisah mengenai masa depannya bersama Mercedes.

Menurutnya, hanya dia seorang sahaja yang alami pelbagai masalah pada jentera jika dibandingkan dengan pelumba lain khususnya Rosberg.

Lantas kontrak lanjutan tiga tahun yang ditandatangani pada 2015 mungkin tidak akan berpanjangan andai Hamilton berterusan mewujudkan rasa kurang percaya terhadap kemampuan barisan kejuruteraan pasukannya sendiri.

 

Advertisement

Must Watch Video