RENCANA
KLHA berpecah: Hilang venue ikonik
Wujud kem dalam persatuan, boikot, sorok maklumat hingga akhirnya 'tanah tergadai'.
Itu perumpamaan untuk Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) yang bergolak sejak tahun lalu ekoran rasa tidak puas hati dalam kalangan pegawai badan induk itu.
Punca utama tidak jelas tetapi apa yang pasti - mereka tidak sehaluan.
Iklan
Apa yang merugikan, isu ini menyebabkan komuniti hoki Lembah Klang yang rugi.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menghantar surat amaran kepada KLHA untuk mengosongkan pejabat di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Bangsar.
KLHA sudah bertapak di venue itu sejak 1988 - sebelum stadium tersebut dibina lagi.
Apa yang melegakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Anuar Musa, sedia membuka pintu rundingan dan ia disambut Presiden KLHA, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin.
Buatlah apa yang patut, janji KLHA kekal di situ dan Stadium Hoki Kuala Lumpur terus rancak menjadi platform program peringkat akar umbi Lembah Klang.
Memetik kata-kata bekas Setiausaha KLHA, V Rajamanickam: "Saya jaga stadium ini bagai rumah sendiri selama 26 tahun (hingga 2019). Ia tempat melahirkan ramai pemain hoki negara".
"Pegawai KLHA perlu sedar tanggungjawab utama mereka. Ketepikan perbalahan, selamatkan hoki Kuala Lumpur," kata pegawai berusia 73 tahun itu.
Must-Watch Video