Lebih seminggu selepas sudahnya pertembungan dramatik Perak menentang Terengganu masih terkenang lagi kepada aksi final di Stadium Shah Alam itu.
Paling terkesan jaringan penyelamat Brendan Gan buat perak begitu juga ledakan istimewa Faiz Nasir.
Apa jua kesempatan membawakan liputan Bola Sepak dalam kerjaya saya waktu ini apatah lagi final adalah begitu bernilai.
Atas dasar itu tugasan yang bermula pada 24 Oktober lalu hadir dengan keterujaan meskipun perlu mendalami perspektif pasukan Perak.
Kalau pada natijahnya, seorang anak jati Klang Selangor tidak akan sesekali boleh ada sentimen positif kepada pasukan seteru.
Tetapi dalam suasana bola sepak tanah air waktu ini perseteruan hangat itu lebih membuak jika Seladang bertemu Harimau Selatan.
Mengenang kembali kepada pengembaraan di Ipoh itu sebelum final pada 27 Oktober persediaan yang saya sangkakan rapi ada celanya.
Dalam situasi ini, saya tertinggal pelengkap kepada penampilan seorang wartawan yang profesional, Kasut!
Pertemuan pertama saya menjelang final, berbicara dengan Ketua Jurulatih Perak Mehmet Durakovic terpaksa saya kenakan setokin dan selipar.
Ini pantang sebenarnya, jalankan tugas tanpa kasut.
Malam itu saya nekad mencari kasut untuk digunakan sementara waktu dan kemahuan mengelak pembaziran membawa saya singgah secara rambang di Kedai Kasut Shanghai.
Jauh di suatu sudut, mata saya terikat kepada sesuatu yang klasik, sepasang kasut All America berwarna kuning air, terus jatuh hati lalu disambar dengan harga RM59.90.
Berbekalkan keyakinan kasut baru, liputan demi liputan dengan persona Ahmedyob saya bawakan kepada peminat sukan tanah air sehinggalah aksi final.
Final yang memiliki segalanya.
Selepas seminggu akhirnya sudah sampai waktu saya simpan identiti Ahmedyob sebagai kenangan, begitu juga sepatu All America saya sehinggalah kunjungan seterusnya di Perak.
Kejor Yob Kejor.