Ketika hampir seluruh dunia terpesona dengan saingan Piala Dunia, terdapat satu berita yang telah menggegarkan dunia bola sepak.
Ya, ia telah berlaku. Juventus menandatangani Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid dengan nilai perpindahan mencecah EURO100 juta (RM472 juta).
Siapa yang menyangka Ronaldo tidak lagi bersama Real Madrid dan ternyata ramai yang terpaku mendapat perkhabaran ini.
Sebilangan pihak bakal mempersoalkan EURO100 juta adalah keterlaluan buat pemain berusia 33 tahun dengan menyifatkan langkah Juve itu sebagai satu kesilapan tetapi terdapat perkara positif di sebaliknya.
Real Madrid gagal mencapai persetujuan bagi memastikan pemain seperti Ronaldo tidak meninggalkan bumi Sepanyol. Ronaldo bukan sahaja mencetak 50 gol dan melakukan bantuan jaringan kepada pasukan.
Ronaldo atau "CR7" adalah satu jenama. Penjenamaan merupakan satu elemen penting dalam dunia bola sepak moden. Real Madrid adalah kelab terbaik dunia tetapi dengan kehadiran pemain seperti Ronaldo, ia melonjakkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.
Suka ataupun tidak, salah satu sebab utama Real memiliki penyokong dari serata dunia adalah kerana Ronaldo -- yang mengikuti perkembangannya ketika bersama Manchester United.
Selain berbisa di depan gol dan gerakan yang mengelirukan, Ronaldo memiliki aura tersendiri. Penyokong Barcelona turut bersetuju bahawa Ronaldo adalah pemain yang paling rajin dunia. Hadirnya Lionel Messi dengan bakat manakala kerja keras menghasilkan Ronaldo.
Ronaldo adalah seorang pemain yang dihormati ataupun dibenci. Setiap kali dia menjaringkan gol, dia akan melompat serta tidak pernah jemu memberitahu kepada dunia bahawa dirinya adalah yang terbaik, tiada siapa yang boleh menyangkal kebolehannya.
Satu kekosongan yang besar kini perlu diisi oleh Real selepas ini. Bukan jaringan atau bantuan jaringan tetapi impak yang dibawa oleh salah seorang daripada dua pemain terbaik sepanjang zaman. Mereka mampu membeli Neymar, Eden Hazard serta mungkin Harry Kane. Tetapi mereka bukan Ronaldo, bukan CR7.

Pemain yang tidak mampu diganti. Selepas Real menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) buat kali ketiga berturut-turut, Florentina Perez seharusnya menawarkan gaji yang lebih lumayan kepada Ronaldo tetapi mengambil keputusan untuk tidak memeterainya.
Jika Perez bersetuju dengan kontrak baru Ronaldo, mereka mungkin terlepas EURO 100 juta tetapi Ronaldo akan kekal milik mereka. Siapa yang sanggup untuk memilih duit berbanding bintang?

Cristiano Ronaldo has joined Juventus.
— SportsJOE (@SportsJOEdotie) July 10, 2018
His record at Real Madrid across his 9 years was:
438 appearances
450 goals
120 assists
44 hat-tricks
15 trophies#Juventus #Ronaldo #RealMadrid pic.twitter.com/TGTWmiFFYs