Baru selesai lima perlawanan liga, sudah tiga pasukan umum rehatkan jurulatih.
Fauzi Pilus di kem PDRM, Mohd Farhan Abdullah dan penolongnya, David Usop, dari pasukan Sarawak dan terkini keluarga bola sepak Malaysia terima berita yang jurulatih Skuad Haria Penang Haria yang juga bekas ketua pasukan skuad kebangsaan era 80-an, Haji Ahmad Yusof, direhatkan. Boria Boria.
Ia dilihat berkemungkinan dengan persembahan biasa-biasa saja yang dipamer skuad Pulau Pinang yang kini di kedudukan kesembilan liga.
Menang dan seri sekali, selebihnya berakhir dengan nota kekalahan.
Jika diintai persiapan pasukan menjelang musim baru Liga Malaysia, senario berbeza telah ditampilkan pengurusan Pulau Pinang atau lebih tepat penulis katakan sesuatu yang positif pada peringkat awal persiapan pasukan.
Syabas diucapkan kepada Pulau Pinang FA atas inisiatif buat sesi pemilihan dilangsungkan sampai tiga hari umpama menyaksikan karnival bola MSSPP.
Lebih pelik lagi di kala itu juga masih ada pemain masih menunggu sama ada harapan kontrak disambung ataupun tidak. Sambung atau tidak atau masih belum dimuktamadkan pada ketika itu. Yang penulis tak setuju.
Benda dah lepas, jadi siapa pula pilihan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) untuk teruskan perjalanan hingga ke penghujung musim.
Penulis nak cadangkan Manzoor Azwira Abd Wahid. Sebab utama kebanyakan pemain yang berada dalam skuad ketika ini adalah bekas pemain yang pernah bersama "Chot" ketika bimbing pasukan Piala Presiden.
Chot juga sudah masak dengan mereka yang berkuasa dalam FAP. Selain itu, nama bekas pengendali Persipura Jayapura dan UiTM, Raja Isa Raja Akram, juga penulis rasa boleh dipertimbangkan. Raja Isa pun dikhabarkan baru sahaja lulus Lesen Pro.
Siapa pun yang akan diumumkan FAP kelak selaku jurulatih, penulis berharap satu saja, campur tangan bekas pemain juga perlu diperhalusi.
Ada yang masih relevan untuk beri idea kepada FAP ada juga yang bertindak sebagai "penumpang" sambil makan karipap dalam mesyuarat. Pilih bekas pemain yang relevan dengan bola sepak moden.
Baik sampai di sini untuk minggu ini.
Buat FAP, kalau tak mahu baca semua, baca sikit pun jadi la.
Assalamualaikum, terima kasih, terima kasih, terima kasih