Selepas isu ketidakhadiran ke sesi latihan kebangsaan dalam skuad olahraga, ia telah mencetuskan pelbagai perbincangan dalam kalangan penggiat sukan termasuklah saya sendiri yang juga bergelar atlet.
Masing- masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai hal ini, tetapi secara peribadi, saya melihat satu isu asas yang sering terlepas pandang iaitu keserasian antara atlet dan jurulatih.
Ini merupakan satu aspek yang sangat penting bagi memastikan matlamat pasukan ataupun seseorang atlet itu tercapai lebih lebih lagi dalam sukan individu.
Peranan jurulatih bukanlah sekadar individu yang menyediakan program latihan fizikal, malah sebagai pembimbing mental, motivator dan kadangkala boleh menjadi figura keibubapaan kepada atlet.
Disebabkan itulah, kepercayaan dan serasinya seseorang atlet bersama jurulatih itu harus difahami dengan lebih mendalam sebelum membuat kesimpulan yang sesorang atlet itu ‘demanding’ atau ‘buat perangai’ ataupun komen seperti tidak mampu menyerap tekanan ke atas perubahan dan sebagainya.
Berdasarkan pengalaman, setiap jurulatih itu mempunyai cara masing masing dan tidak semuanya boleh diterima pakai dan sesuai untuk semua atlet.
Pada pendapat saya, pasti ada sebab yang munasabah mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Seorang jurulatih yang memahami personaliti dan keperluan atletnya akan lebih mudah meraih kepercayaan dan komitmen penuh.
Dalam menangani isu ketidakhadiran ke latihan ini, pendekatan secara terbuka dan penuh empati perlu diambil semua pihak yang terlibat. Adalah penting untuk menyelami punca sebenar, sama ada tekanan mental, masalah peribadi, ketidakserasian atau ketidaksesuaian dengan pendekatan latihan.
Tidak adil jika ada pihak yang terus ingin melabelkan seseorang atlet itu sebagai beramasalah atau tidak berdisiplin tanpa memahami konteks sebenar. Ia bakal memburukkan lagi situasi dan akhirnya, matlamat sebenar yang dinginkan tidak dapat tercapai.
Akhir kata, kerjasama di antara atlet dan jurulatih itu perlu ada dua hala dan bukan sesuatu yang boleh dipaksa, ia perlu dibina dengan kepercayaan, komunikasi dan saling menghormati.
Dalam era sukan moden yang semakin mencabar, kejayaan seseorang atlet dan pasukan itu bergantung kepada bukan hanya kepada bakat semata- mata malah tetapi juga sejauh mana hubungan professional ini dapat dijaga dan diperkukuhkan demi mencapat matlamat sebenar yang membawa kepada kejayaan negara.