Jika dilihat senarai pemain pertahanan yang dibeli oleh Manchester City, ianya ibarat kesatuan kereta kebal. Musim lalu barisan pertahanan mereka dibarisi Claudio Bravo, Pablo Zabaleta, Aleksander Kolarov, Vincent Kompany dan juga Nicolas Otamendi, namun musim baru ini tentunya menjanjikan senarai pemain yang berbeza di jentera pertahanan skuad kendalian Pep Guardiola.
Bermula dengan pembelian rekod dunia bagi penjaga gol, Ederson yang bernilai 35 juta pound, sudah tentu seluruh peminat City mengharapkan kehadiran pemain dari Brazil itu mampu melenyapkan mimpi ngeri yang dijelmakan Claudio Bravo dan Willy Caballero pada musim lalu selepas pemergian Joe Hart ke Torino.
Seterusnya The Citizen berjaya mendapatkan tonggak Spurs berusia 27 tahun , Kyle Walker dengan nilai 50 juta pound yang sekaligus memecahkan rekod David Luiz selaku pertahanan termahal pada 2014. Selain itu, Walker yang pernah beraksi secara pinjaman bersama Aston Villa dan Queens Park Rangers(QPR) turut merupakan pemain termahal England buat masa ini.
Tidak cukup dengan itu, Pep turut berjaya merampas Danilo dari radar Chelsea apabila membeli pemain Real Madrid itu dengan harga 26.5 juta pound sekaligus menambah senarai pemain berfizikal kental di barisan pertahanan mereka.
Pembelian Danilo terus memastikan Manchester City semakin bernafsu dengan mendapatkan Benjamin Mendy yang memecahkan rekod pertahanan termahal dimiliki Kyle Walker. Harga yang dibayar untuk pertahanan muda Perancis itu ialah 52 juta pound menyaksikan ini mungkin merupakan senarai pertahanan termahal didunia dalam satu pasukan.
Secara peribadi saya(penulis) merasakan kegoyahan aksi benteng pertahanan City pada musim lalu menjadi punca mengapa Pep benar-benar mahu memastikan musim baru nanti, benteng City berubah menjadi kebal.
Kebolehan jentera tengah dan serangan The Citizen tidak perlu dipertikaikan lagi dengan adanya senarai pemain seperti David Silva, Kevin De Bruyne, Rahim Sterling, Leroy Sane dan Sergio Aguero. Cuma barisan pertahanan yang perlu penambahbaikan. Adakah benteng City akan benar-benar kebal apabila saingan Liga Perdana Inggeris membuka tirai nanti?