Ia sepatutnya menjadi satu kepulangan impian buat Paul Pogba ke Manchester United, sebaliknya ia kini menghadirkan igauan panjang buatnya.
Andai disorot, dia sebenarnya tidak pernah mahu meninggalkan Old Trafford pada 2012 jika tidak kerana didorong oleh sifat terburu-burunya ketika tempoh pertamanya di ‘Theatre of Dreams’.
Perbezaannya ketika itu ialah di antara £15,000 (RM82,000) dan £30,000 (RM164,000) yang
mendorongnya angkat kaki ke Turin untuk menyertai Juventus.
Pengurus United pada waktu itu, Sir Alex Ferguson, berasa tersinggung dengan seorang pemain belasan
tahun yang menuntut sekali ganda daripada apa yang ditawarkan kepadanya.
Pada waktu yang sama, Pogba yang berdarah muda tidak dapat memahami kenapa Ferguson memanggil
Paul Scholes agar keluar daripada persaraan berbanding memberikannya seluas-luas peluang untuk
menonjolkan dirinya.
Namun, itu cerita lama yang hanya sesuai untuk bahan biografi kemudian hari.
Sebaliknya, Pogba mahu kepulangannya ke Old Trafford, 18 bulan lalu, untuk menyambung rentetan
gemilang selepas memenangi empat kejuaraan Serie A bersama Juventus.
Diletakkan tanda harga £89 juta (RM490 juta) di atas kepalanya, dia dijulang sebaris dengan Lionel
Messi, Cristiano Ronaldo, Luis Suarez dan Neymar.
Namun, impak yang dibawanya tidak pun setanding dengan mereka. Malah, demi memberi keadilan
kepada bintang-bintang yang sebaris dengannya itu, Pogba jauh lebih mengecewakan.
Sebagai seorang pemain tengah, yang bermain jauh ke bawah daripada yang disukainya, tidak mungkin
dia mampu menyerlah seperti mereka.
Tanda harga selaku pemain termahal dunia ternyata satu beban terlalu berat untuk ditanggungnya.
Musim lalu, Pogba, 24, meraih kelegaan daripada perpindahan £198 juta (RM1.08 bilion) Neymar
daripada Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) mungkin berupaya mengalihkan tumpuan daripada
dirinya.
Malangnya, ia tidak demikian.
Ketika ini, tempatnya dalam kesebelasan United terus menjadi persoalan setelah terhakisnya
kepercayaan pengurus, Jose Mourinho, terhadapnya akhir-akhir ini.
Tapi, ia harus satu kesilapan untuk menghukum Pogba sebagai satu kegagalan.
Selepas meraih dua trofi dalam musim pertamanya bersama United, pengaruhnya semakin membesar
sehinggalah satu insiden merosakkan segala-galanya.
Kemenangan 3-1 United ke atas Arsenal di Stadium Emirates, 3 Disember lalu, adalah menakjubkan
kecuali kad merah terhadap Pogba gara-gara hentakannya ke atas Hector Bellerin yang disusuli
penggantungan tiga perlawanan dan menyisihkannya daripada ‘derby’ menentang Manchester City.
United tewas perlawanan musuh setempat itu yang membuka jurang 11 mata di antara kedua-dua
pasukan ketika itu.
Sejak itu juga, mereka hanya memenangi separuh daripada 12 perlawanan yang diharungi sambil Pogba
terus tenggelam dalam keadaan United yang terkapai-kapai kelemasan.
Selepas hanya 18 bulan, adalah gila untuk memikirkan Pogba sedang berkira-kira untuk angkat kaki lagi.
Namun, tiada siapa yang boleh berasa pasti.
(BERSAMBUNG)