Sudah lama Kei Nishikori tidak mengecapi kepuasan sebenar di gelanggang. Tarikh 12 November nampaknya beri tuah buat pemain yang mengisi ranking kesembilan dunia ini apabila berjaya tundukkan juara 4 edisi ATP finals, Roger Federer.
Siapa yang tidak kenal Federer, 'the living legend' yang masih mampu melawan walaupun tidak berada di prestasi terbaik. Itulah yang dilakukan pemenang 20 Grand Slam ini ketika bertarung di pusingan pertama kejohanan kompetitif terakhir kalender tenis 2018.
Apa yang menjadi senjata Nishikori? Pukulan backhand padu yang menyentak Federer sehingga kekentalannya bertahan ke tie break di set pertama terlerai juga. Pada suatu ketika, kekentalan Nishikori pula menekan Federer sehingga memukul bola ke arah penonton dan diberikan amaran oleh umpire.
Penantian untuk kembali menewaskan Federer selepas 4 tahun ternyata berbaloi buat Nishikori - kejayaan yang boleh dibanggakan rakyat Jepun selepas kejutan dilakukan pemain muda kelahiran negara matahari terbit itu, Naomi Osaka keatas ratu tenis, Serena Williams di Terbuka Amerika Syarikat.
Pentas sama juga memahat kekecewaan buat Federer yang merumuskan Terbuka Amerika Syarikat dan Wimbledon kekal sebagai yang paling mengecewakannya sepanjang perjuangan musim ini dimana dia masih belum boleh menerima kekalahan ditangan Kevin Anderson dan John Millman.
Sementara kekalahan awal di ATP Finals pula tetap menyaksikan pemain Switzerland ini bangga bersaing di kejohanan yang mengumpulkan 8 pemain terbaik dunia - perasaan sama yang dirasai sejak kali pertama dia layak beraksi di kejohanan ini pada 2002.
Jadi secara tidak langsung, kenyataan Federer ini mengiktiraf kecemerlangan Nishikori ketika menumpaskannya pada aksi straight itu, bukan? Apa yang pasti, Federer pastinya akan kembali lebih mantap musim hadapan dan terus menjadi penanda aras untuk pemain lain menguji persembahan semasa masing-masing.