170, itu angka terkini yang dimiliki skuad Harimau Malaya dalam kedudukan ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.
Kedudukan terkini itu mengundang pelbagai kecaman dan tohmahan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dan lebih ketara menyalahkan Johor Darul Ta'zim (JDT) di atas kegagalan Harimau Malaya mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa disebabkan pengambilan beramai-ramai pemain terbaik negara.
Inilah realitinya dalam bola sepak negara, tuduh-menuduh, dendam-mendendam, kem sana kem sini sudah menjadi sebati sehingga sukan itu dipolitikkan.
Sampai bila perkara ini akan berlaku sekiranya tidak ada kesedaran dalam diri setiap individu yang cintakan sukan bola sepak itu sendiri, terutama pengurusan dan bekas-bekas pemain, sedangkan penulis melihat kita perlu fokus ke hadapan dan terus bekerjasama untuk memberi kesedaran dan meningkatkan mutu bola sepak negara daripada terus bertelagah antara satu sama lain.
Ada yang bertanya kepada penulis, adakah kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang mengatakan segelintir bekas pemain patut berehat di muzium mengguris hati dan perasaan penulis?
Jawapannya tidak sama-sekali. Apa yang penulis fikirkan, itu satu perkara yang positif dan menyuruh kita berfikir menggunakan akal yang bijak untuk mencari huraian dan jalan penyelesaian kepada apa yang dinyatakan.
Penulis melihatnya dari sudut yang berbeza dan sekiranya dari sudut pertama kenyataan Khairy itu, penulis akan menyatakan ia benar kerana jasa seseorang bekas pemain kepada negeri dan negara, khususnya, perlu meletakkan sejarah dirinya dan pasukan di muzium-muzium atau di dalam galeri-galeri.
Ia boleh dijadikan sebahagian sejarah dan rujukan kepada peminat-peminat tentang kejayaan yang telah mereka miliki kerana ia patut dikongsikan dan dapat dilihat untuk dijadikan satu motivasi kepada anak-anak yang ingin menjadikan bola sepak ini sebagai kerjaya mereka pada suatu hari nanti.
Tetapi, adakah itu semua berlaku dan dilakukan oleh persatuan bola sepak negeri? Sayangnya tidak.
Dan dari sudut kedua pula, sekiranya seseorang bekas pemain itu tidak mahu sejarah itu hanya direhatkan di muzium, mereka perlu terus bekerja dan membantu untuk membangunkan bola sepak negara daripada terus menghentam di sana sini hanya semata-mata untuk kepentingan sendiri ataupun dendam yang terguris di dalam diri apabila melibatkan negeri mereka.
Mereka perlu bijak mengunakan sejarah untuk mendidik bagaimana kejayaan yang mereka peroleh.
Contohnya, mereka perlu terus bercerita dan turun ke akar umbi menceritakan detik-detik kejayaan yang mereka raih.
Apa-apa pun, penulis tetap menyokong apa yang Tunku Ismail dan Khairy lakukan kerana ia memberi kesedaran kepada semua pencinta bola sepak.