Ketika membuat liputan aksi Liga Super antara Negeri Sembilan dan Terengganu FC Jumaat lalu di Paroi, kelibat bekas jurulatih Kedah, Kelantan dan juga Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah mencuri perhatian penulis.
Ketika penulis berbual dengan Azraai dan bertanyakan kehadirannya di Seremban, jurulatih berusia 65 tahun itu menegaskan dia hanya menonton aksi Negeri kerana melawat ahli keluarga di Sikamat.
Namun dengan desas-desus mengenai masa depan Jorg Steinebrunner selaku pengendali Negeri kian samar, penulis sudah menjangka Azraai akan kembali mengendalikan Skuad Jang.
Jangkaan penulis tepat, apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) mengumumkan Azraai sebagai pengendali baru skuad Jang pada 28 Februari.
Bagi penulis, Azraai adalah pilihan tepat buat PBNS dalam usaha menyelamatkan musim mereka sebelum terlambat.
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan penulis yakin, Azraai mampu menyelamatkan Negeri Sembilan dan antaranya ialah dia pernah meraih kejuaraan Piala Malaysia dengan skuad Jang pada 2011 dan keyakinannya terhadap bakat muda.
Perkara pertama yang penulis jangka Azraai akan melakukan ialah, melakukan penyusunan semula pemain dalam kesebelasan utama pasukan.
Selaku seorang jurulatih berpengalaman, Azraai pasti sedar beberapa pemain Negeri tidak diletakkan di posisi terbaik mereka di bawah kendalian Steinebrunner.
Azraai juga akan menilai semula kemampuan awang import Negeri Sembilan dan perlu meyakinkan pengurusan pasukan melakukan satu atau dua pertukaran import pada jendela perpindahan kedua Jun depan bagi menambah keampuhan pasukan.
Dalam usaha memberi pendekatan lebih segar buat pasukan, Azraai juga perlu pertimbang kemungkinan menyerap beberapa pemain skuad Piala Presiden Negeri.
Negeri Sembilan sebenarnya mempunyai beberapa pemain muda potensi di skuad Piala Presiden dan antaranya ialah kapten dan tonggak pertahanan, Danish Haziq Saiful.
Bekas pemain Harimau Muda C itu mampu memberi nafas baru buat barisan pertahanan Negeri dan penulis yakin, Azraai akan menggunakan segala ramuan yang ada untuk menambah keampuhan pasukan.
Walaupun sudah dua tahun tidak mengendalikan mana-mana pasukan, Azraai masih mengikuti perkembangan semasa Liga M.
Kehadirannya pasti akan menambah kerancakan musim ini dan kelibat jurulatih dengan kemeja merah jambu juga akan kembali menghiasi kancah bola sepak tempatan
"Selamat Kembali Bertugas Azraai Khor Abdullah"