Setelah menjelajah tiga negeri iaitu Teregganu, Kedah dan Johor dalam pemilihan Kem Bola Astro Kasih, penulis rasa begitu teruja dengan sambutan yang diberikan oleh ibu bapa dan peserta-peserta yang mengikuti sesi pemilihan ini.
Sokongan daripada ibu bapa amat penting dalam menggalakkan anak-anak bermain bola sepak, bukan sahaja beriadah tetapi dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga, selain sahabat yang mereka kenali dan tidak kenali.
Ini satu inisiatif yang baik dilakukan oleh Astro dalam khidmat masyarakat untuk membantu membangunkan bola sepak Malaysia. Kerjasama bersama kelab terkenal di dunia iaitu Barcelona telah menarik minat anak-anak keluar untuk sama-sama menunjukkan bakat mereka.
Sekiranya terpilih, ini memberi satu pengalaman dan pengajaran yang berguna kepada mereka kerana dapat melihat sendiri bagaimana budaya sesebuah negara yang berjaya dalam membangunkan bola sepak mereka selain menimba ilmu daripada jurulatih-jurulatih peringkat pembangunan Barcelona dengan kaedah-kaedah serta modul latihan terkini.
Pujian juga perlu diberikan kepada Astro kerana bekerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk sisi pemilihan kali ini kerana ia dapat mejalankan sesi pemilihan dengan telus, selain membantu FAM mengumpul data pemain-pemain yang berpotensi di peringkat akar umbi untuk direkodkan. Selain itu, ia juga dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang apa yang dinginkan oleh FAM dalam memajukan bola sepak Malaysia.
Penulis dan Asmawi Bakiri juga berasa sungguh gembira apabila dapat bersama memainkan peranan dalam Kem Bola pada kali ini. Ditugaskan oleh Astro Arena sebagai hos bukan mudah untuk memastikan mesej dan objektif Astro Kasih tercapai, dimana kali ini penulis perlu memasuki roh anak-anak untuk memastikan mereka tidak berasa takut dan segan apabila didekati oleh kami, baik semasa pemilihan atau temubual bersama mereka.
Penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka-mereka yang terpilih ke kem seterusnya di Kuala Lumpur nanti. Sekali lagi tahniah kepada Astro kerana menjayakan program ini.