Skip to main content

Advertisement

Rencana

Kelantan tidak perlu keajaiban, tetapi perlu main “molek”

kelantan.jpg
Ia kemenangan yang tidak disangka ramai pihak pada malam tadi, pasukan tercorot dalam Liga Super, Kelantan melayan kunjungan naib juara Piala FA 2018, Selangor.

Tolak tepi faktor bermain di laman sendiri, Stadium Muhammad ke- IV, kerana elemen itu boleh dianggap kurang relevan lagi dalam bola sepak moden, tambahan penyokong The Red Warriors pula tidak semeriah dahulu. Kelantan ternyata lain pada malam tadim menguasai permainan dan pertahanan mereka berjaya mengunci penjaring terbanyak Liga Super setakat ini, Rufino Segovia.

Gol daripada Shafiq Shaharuddin seolah-olah memberi sinar buat Kelantan yang terdesak mencari tiga mata. Sean Eugene Selvaraj cuba meyakinkan rakan sepasukan bahawa The Red Giants mahu pulang dengan sesuatu apabila meledak jaringan pada minit ke-78. Namun, mujurlah Danial Ashraff Abdullah tahu ertinya menyepak bola dengan tepat ke gawang gol lawan pada minit ke-87, terus diangkat sebagai gol kemenangan selepas deretan peluang keemasan disia-siakan jentera serangan Kelantan yang lain.

 Sesiapa yang menonton perlawanan pada malam tadi pasti bersetuju, Kelantan seharusnya menang dengan sekurangnya tiga atau empat gol jika tidak kerana kegopohan serta penyudah tumpul, khususnya penyerang import, Cristiano Santos.

Di bilik persalinan kem Kelantan, mereka masih percaya mereka akan kekal dalam Liga Super musim depan, tambahan dua lagi pasukan kelompok bawahan yang beraksi pada pada malam itu, PKNP seri dengan Pahang manakala Negeri Sembilan tewas 3-5 kepada PKNS.

Namun. di sini, impian perlu seiring dengan realiti, Kelantan selepas ini akan berdepan dengan Melaka, pasukan yang kian meningkat naik dibawah bimbingan E.Elvarasan, seterusnys Juara Liga Super lima kali, Johor Darul Ta'zim (JDT), kemudian seteru Pantai Timur, Terengganu dan akhir sekali, juara Piala FA 2018, Pahang.

Di atas kertas, peminat berasakan Kelantan memerlukan keajaiban andai mahu mencuri mata dengan pasukan pasukan ini dan dalam masa yang sama, mengharapkan PKNP dan Negeri Sembilan terus hilang punca dengan baki perlawanan yang ada.

Namun, sejujurnya, bukan keajaiban diperlukan, sebaliknya ketajaman di depan gawang dan menjaringkan gol adalah kunci untuk Kelantan kekal dalam Liga Super musim depan kerana itulah kelemahan ketara skuad The Red Warriors ketika ini.

 Gomo Kelate Gomo. 
 

Advertisement

Must Watch Video