Pada detik Antonio Conte menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea, persoalannya ialah bilakah seorang pengurus Inggeris akan meraih penghormatan yang sama.
Musim 2016-17 yang semakin ke penghujungnya menandakan 25 tahun sudah berlalu sejak seorang pengurus berbangsa Inggeris kali terakhir bergelar pengurus kelab juara EPL.
Media di England harus lebih bersalah daripada sesiapa yang lain dengan memikirkan bola sepak bermula dengan kempen sulung EPL pada musim 1992-93.
Tapi, pada hakikatnya, ia adalah penamat kepada satu era.
Musim ini menandakan tempoh suku abad sejak Howard Wilkinson menjadi pengurus berbangsa Inggeris terakhir memimpin sebuah kelab bergelar juara di England.
Skuad Leeds bimbingannya ketika itu memintas Manchester United kendalian Alex Ferguson, seorang warga Scotland, untuk meraih kejuaraan liga hanya dua tahun selepas dinaikkan divisyen.
Dan sejak itu, kejuaraan menjadi kebanggaan dua pengurus berbangsa Scotland, seorang warga Perancis, seorang Portugis, seorang pengendali Chile dan dengan Conte melengkapkan senarai terbaru, bermakna empat warga Itali turut mengecapinya.
Pengurus berbangsa Inggeris juga semakin hanyut daripada saingan.
Dalam edisi pertama Liga Perdana, 16 daripada 22 pengurus kelab adalah warga England. Kini, hanya tinggal enam daripada mereka.
Musim lalu, EPL menyaksikan hanya empat kelab dibimbing pengurus berbangsa Inggeris – termasuk pengurus sementara di Everton.
Pada 1993, Ron Atkinson, seorang berbangsa Inggeris, menduduki tangga kedua bersama Aston Villa. Satu-satunya pengurus Inggeris lain yang mengisi kelompok dua teratas ialah Kevin Keegan.
Secara beransur-ansur pengurus berbangsa Inggeris kian luput daripada kelompok tiga teratas, kemudian empat teratas, kelima, keenam dan ketujuh teratas.
Musim lalu menyaksikan EPL tanpa kehadiran pengurus Inggeris yang berkesudahan dalam kelompok 10 teratas.
Sejauh manakah pengurus berbangsa Inggeris terjejas oleh wang asing, pemilik dan pemain asing yang mencorakkan kelompok teratas EPL?
Persoalan yang lebih penting lagi, mampukah seorang pengurus berbangsa Inggeris mengemudi kelabnya menjuarai Liga Perdana semula?
Mampu jika Conte, Pep Guardiola atau Jurgen Klopp, malah barangkali mungkin Jose Mourinho, menukar kerakyatan mereka!