Kecederaan serius pergelangan kaki pemain tengah pasukan hoki negara, Marhan Abdul Jalil, ternyata kehilangan besar buat negara.
Marhan dilanda kecederaan berulang semasa separuh akhir kedua menentang KL Hockey Club di Stadium Hoki Jalan Pantai.
Dia dikejarkan ke hospital sebaik sahaja diusung keluar padang oleh pegawai perubatan.
Kini, dia telah disahkan mengalami keretakan dan koyakan di pergelangan kaki. Justeru itu, pakar perubatan mengesahkan dia hanya boleh kembali selepas enam bulan.
Pasukan hoki negara akan kehilangan tonggak pemain di bahagian tengah untuk misi penting di Liga Hoki Australia yang sedang berjalan sekarang di Perth Australia, Trofi Juara Juara Asia (ACT) pada bulan ini di Kuantan dan kemungkinan Liga Hoki Dunia pada Mac 2017 di Trinidad dan Tobago.
Lihat sahaja sumbangan Marhan buat pasukan Sapura di TNB Liga Hoki Malaysia yang baru sahaja tamat.
Walaupun Sapura mempunyai beberapa pemain Kebangsaan seperti Faiz Helmi Jali, Izad Hakimi, Joel Van Huizen, Firhan Ashaari dan benerapa pemain import seperti bekas pemain India, Gagan Ajit Singh dan bekas pemain New Zealand, Philip Burrows, Marhan mengawal tempo permainan dengan begitu cemerlang. Baik semasa bertahan dan menyerang serta membantu "build out of defence" apabila pasukan lawan menekan benteng pertahanan Sapura.
Selain menjadi ketua pasukan yang begitu tenang terutamanya dalam membimbing pemain pemain muda, dia juga adalah "pusher utama" buat Sapura dalam gerakan pukulan sudut penalti.
Ketiadaan Marhan di beberapa perlawanan terutamanya semasa perlawanan akhir Piala TNB di mana Sapura tewas 3-0 begitu jelas dan ketara.
Joel Van Huizen dan kadang-kala Philip Burrows diberi tanggungjawab mengemudi bahagian tengah Sapura, tetapi agak sukar menggantikan pemain berpengalaman seperti Marhan.
Buat pasukan negara pula, pasti Fitri Saari yang akan memikul tanggungjawab utama. Lebih-lebih lagi di Australia selepas Nabil Fiqri juga tidak bersama.
Pemain-pemain tengah muda seperti Meor Azuan Hasan, Azri Hasan, Joel Van Huizen, Harvinder Singh dan Ramadan Rosli harus memperingkatkan prestasi kerana mereka ini yang akan diharapkan oleh Stephen Van Huizen untuk mengisi tempat Marhan Jalil terutamanya di ACT di Kuantan yang bermula pada 20 Oktober 2016.
Jurulatih berpengalaman seperti Stephen Van Huizen, saya pasti akan memanfaatkan perlawanan-perlawanan di Australia ini untuk merangka strategi dan membuahkan kombinasi terbaik selama ketiadaan Marhan nanti.
Kepada pemain yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang lebih dikenali sebagai "Jang" ini, ketiadaan kamu sememangnya kehilangan besar buat negara.
Saya doakan agar Marhan Abdul Jalil cepat sembuh dan kembali ke pangkuan pasukan hoki negara secepat mungkin, terutamanya untuk kempen kelayakkan ke Piala Dunia 2018 pada tahun hadapan.