Ketika Liga Malaysia baru berusia dua minggu sahaja sudah ada pelbagai gosip dan isu-isu yang membabitkan jurulatih dan pemain untuk dipancing.
Semalam sahaja ada dua berita yang dicanangkan dimedia-media utama, dimana pemilik baharu pasukan Kelantan dikatakan cuba mendapatkan khidmat Shahrel Fikri Md Fauzi dan Safiq Rahim sementara pengurusan Perak pula berhasrat untuk mendapatkan khidmat jurulatih Kedah Aidil Shahrin Sahak setelah Perak tewas besar kepada JDT. Ini satu berita yang sedang hangat diperkatakan dikalangan peminat-peminat bola sepak Malaysia. Ada yang menyatakan ini satu strategi untuk memgganggu gugat persiapan dan konsentrasi sesebuah pasukan itu dan ada juga yang menyatakan ini satu perancangan awal yang dilakukan oleh kedua-dua pengurusan itu.
Ini merupakan satu berita yang mengejutkan terutamanya membabitkan jurulatih pasukan Kedah itu. Dimana dengan berita itu sedikit sebanyak ia boleh mengganggu sedikit konsentrasi dan fokus Aidil Shahrin dalam mempersiapkan pasukan Kedah untuk mengharungi perlawanan seterusnya. Dimana ketika ini pasukan Kedah berada pada prestasi terbaik setelah mencipta dua kemenangan berturut-turut dan menduduki tangga ketiga carta Liga Super buat masa ini. Tetapi itulah sebahagian daripada warna warni bola sepak dimana ada sahaja berita-berita provokasi dalam menyemarakan lagi bola sepak Malaysia.
Namun bagi penulis ini merupakan satu perang psikologi yang dimainkan bagi tujuan untuk mematahkan semangat pemain-pemain pasukan Kedah terutamanya dalam mengharungi baki perlawanan Liga Super. Walapaun sebelum ini semua tahu yang pasukan Kedah ini mempunyai masalah tuggakan gaji yang serious namun Aidil Shahrin masih lagi mampu mengawal emosi dan semangat berpasukan pasukan Kedah supaya terus memberi aksi yang terbaik pada setiap peelawanan. Itulah kekuatan yang ada pada jurulatih Kedah itu dimana Aidil Shahrin dapat mengurus tadbir diri dan emosi pemain sehingga menarik minat pasukan lain untuk mendapatkan khidmatnya.
Masa inilah pemain-pemain dan pengurusan kejurulatihan pasukan Kedah perlu bersatu hati dalam mengharungi cabaran yang getir ini, dimana pemain-pemain pasukan Kedah perlu terus fokus dan memberi komitmen dalam memberikan aksi yang terbaik. Walaupun hanya tinggal berbaki lima perlawanan pasukan Kedah masih lagi mampu memberi tekanan dan bersaing dengan pasukan JDT dan Terengganu untuk merebut kejuaraan Liga Super. Inilah peluang terbaik bagi pemain-pemain pasukan Kedah untuk meyakinkan pengurusan Kedah yang khidmat Aidil Shahrin masih diperlukan lagi dalam pasukan Kedah, walaupun Aidil Shahrin sendiri telah menyatakan kestiaannya kepada pasukan Kedah pada masa ini.