Selepas kejayaan pasukan Mercedes AMG Petronas mencipta hatrik bagi gelaran pemandu dan pengeluar saingan Formula One, timbul persoalan siapa yang mampu mencabar mereka untuk musim 2017.
Namun selepas saingan memasuki separuh musim, Ferrari kembali temui rentak mereka selaku antara pencabar utama kejuaraan menerusi gandingan Sebastian Vettel serta Kimi Raikkonen.
Manakala di kem Mercedes, segalanya lebih tertumpu kepada Lewis Hamilton yang kehilangan gelaran dunia kepada Nico Rosberg musim lalu.
Persaraan Rosberg mengubah segalanya dengan pasukan yang diberi gelaran Silver Arrows itu memilih Valtteri Bottas sebagai penggantinya.
Berakhirnya 11 perlumbaan musim ini, Vettel serta Hamilton masing-masing sudah memenangi empat perlumbaan dengan kedudukan keseluruhan ketika ini diterajui Vettel dengan perbezaan 14 mata.
Saingan di Hungary menyaksikan penguasaan Ferrari dengan raih kedudukan satu-dua manakala Bottas lengkapkan kedudukan podium selepas diberi ruang memintas oleh Hamilton.
Daripada sudut pengeluar pula, hanya dua kemenangan yang diraih Bottas musim ini jadi jurang pemisah ketara buat kedua-dua pasukan dari segi kutipan mata keseluruhan.
Antara tumpuan lain sudah pasti perseteruan antara Vettel serta Hamilton di atas litar dengan GP Azerbaijan menyaksikan kedua-dua pelumba ini selisih pendapat.
Perseteruan ini berbeza jika dibandingkan sewaktu Hamilton berentap dengan Rosberg, tiga musim berturut-turut sebelum ini kerana ia hanya membabitkan pelumba daripada pasukan yang sama.
Lantas kemunculan semula Ferrari ini secara tidak langsung kembali mewarnai saingan Formula One yang dirasakan begitu hambar oleh peminat sukan itu sejak kebelakangan ini.
Berbaki sembilan lagi perlumbaan, antaranya GP Malaysia iaitu yang terakhir dianjurkan pastinya akan terus menambah kerancakan serta perseteruan khususnya di antara Vettel dan Hamilton untuk buktikan siapa lebih gah di akhir musim nanti.