Sejak tersingkir skuad B-16 negara dari pentas Kejohanan AFC B-16 pada 27 September lalu, seluruh lapisan masyarakat bola sepak masih belum reda membincangkan kegagalan pasukan kendalian Lim Teong Kim ini, malah makin merebak kepada aspek berlainan.
Ada yang mempertahankan Teong Kim dengan memberi peluang kali kedua, ada yang mahu dia melepaskan jawatan, malah ada yang bersikap neutral kerana seolah-olah bingung melihat aksi pemain negara yang pada mulanya menyerlah menerusi aksi sulung dengan Tajikistan namun hilang karakter dalam dua perlawanan terakhir.
Situasi semakin menarik dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang secara berani mendedahkan maklumat gaji diterima Teong Kim kepada umum, iaitu sebanyak RM 175,000 atau bersamaan 35,000 Euro.
Secara tiba-tiba, cerita mengenai gaji ini menutup isu utama terhadap apa punca kegagalan skuad yang `ditatang bagai minyak yang penuh' sejak empat tahun lalu tetapi masih gagal ke Piala Dunia B-17.
Kini, drama ini semakin melarat apabila seolah-olah berlaku pertembungan kemahuan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) dalam soal masa depan Teong Kim.
Syed Saddiq melalui kenyataan terbaru sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Teong Kim tetap akan meneruskan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), cuma dia kecewa isu pemberian gaji yang agak tinggi daripada kepimpinan terdahulu.
Sementara itu, FAM yang bakal diserahkan baton uruskan NFDP dengan keputusan rasmi pada 15 Oktober ini awal-awal lagi tidak mahukan beliau terus menjadi ketua jurulatih B-16 yang sudah tentu beri kesan dalam melakukan perancangan bersama.
Jadi, apakah titik pertemuan KBS dan FAM mengenai Teong Kim? Hendak atau tidak khidmat beliau diteruskan bagi NFDP?
Tiada guna jika Teong Kim meneruskan tugasnya bersama NFDP tetapi tidak mendapat sokongan penuh daripada FAM kerana dibimbangi wujud budaya `cah-keting' ketika dia akan menggunakan sepenuhnya kemudahan di sana.
Justeru, diharapkan mesyuarat Jawatakuasa Teknikal dan Pembangunan Belia yang berlangsung pada Rabu (3 Oktober) dapat menjelaskan pendirian sebenar siapa dan bagaimana mereka akan meneruskan NFDP sebelum dipersembahkan kepada Syed Saddiq.
Bagi penulis, NFDP adalah sebuah program yang objektifnya sangat baik kepada kesan jangka panjang memandangkan kegagalan pembangunan bola sepak di kebanyakan peringkat negeri atau kelab dalam lahirkan modul pembentukan pemain dari akar umbi dengan penuh berkesan.
Cuma, adakah Teong Kim masih individu yang wajar teruskan legasi NFDP...? Itu persoalan penulis tidak boleh berikan jawapan hanya mereka yang terlibat langsung bersama NFDP sahaja lebih tahu.