Skip to main content

Rencana

Kau tengok kaki aku sakit ke? Hafifi cetus kontroversi

31717hafifi_1.jpg
Pengguguran Mohd Hafifi Mansor ketika dia menjadi prospek terbaik untuk menggapai emas Sukan SEA begitu mengejutkan ramai pihak.

Sedih, kecewa dan berang semuanya dapat dilihat daripada reaksi atlet dari Terengganu itu apabila hajatnya untuk pertama kali menyertai Sukan SEA tidak kesampaian.

Dalam laporan wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, Hafifi tidak dibenarkan mengulas mengenai penggugurannya daripada temasya itu bulan depan, dan ia membawa pelbagai tanda tanya apakah yang sedang berlaku ketika ini.

Institut Sukan Negara (ISN) membuat keputusan bahawa Hafifi masih belum pulih daripada kecederaan paha yang dialaminya ketika berlatih di China pada bulan lalu.

Dan pada ketika Hafifi tidak dibenarkan memberi sebarang komen terhadap keputusan itu,  juara Sukan Komanwel 2014 berkenaan menjawabnya dengan cara yang berbeza dan lebih tegas.

"Kau tengok kaki aku sakit ke? Tidak kan? Aduh," kata Hafifi dengan suara yang tinggi selepas berjaya mengangkat 200kg untuk membuktikan kecergasannya.

Ya, dia langsung tidak menunjukkan kesakitan. Malah, sekiranya belum pulih sepenuhnya, dia masih mempunyai masa kerana acara angkat berat hanya akan dimulakan pada 28 Ogos depan.

Selama 12 tahun Malaysia menunggu pingat emas angkat berat Sukan SEA, semangat yang ditunjukkan Hafifi yang dibunuh dengan keputusan itu, segala-galanya menceritakan betapa berat tamparan untuk skuad itu. 

Kali terakhir acara ini menyumbang emas ialah menerusi Che Mohd Azrol Che Mat dalam kategori 105kg di Manila pada 2005.

Beraksi dalam kejohanan lebih berprestij seperti Sukan Olimpik Rio tahun lalu bukankah satu kelebihan untuk Hafifi menyumbang pingat emas buat Malaysia?

Advertisement

Must Watch Video