Segala-galanya tampak tenang di sebelah pagi Sabtu bila penulis mendapat giliran buat liputan aksi separuh akhir pertama Piala FA membabitkan Kedah dan Terengganu di Alor Setar.
Seperti kebiasaan, penulis menghantar mesej kepada Tan Cheng Hoe sebelum bertolak dan bertanyakan di mana padang serta bermulanya waktu latihan di sebelah petang.
Cheng Hoe menjawab seperti biasa dan berjanji berjumpa dengan penulis untuk ditemuramah Nadi Arena, maka tiada sebarang kesangsian akan terjadi apa-apa yang luar biasa.
Perjalanan ke Alor Setar dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih tujuh jam ekoran kesesakan jalan raya terutama di Ipoh dan Pulau Pinang menyebabkan kami sampai di padang latihan Menanti hampir pada jam 5 petang.
Sampai sahaja di padang latihan, seperti rasa ada sesuatu yang tidak kena bila melihat tiada kelibat Tan Cheng Hoe.
Penulis terus dapatkan Fitri Omar, yang sememangnya dikenali penulis dan tanpa diduga, Fitri terus beritahu Cheng Hoe sudah tidak ada, dia baharu berjumpa dengan pemain-pemain satu jam sebelum itu untuk beritahu yang dia telah tinggalkan pasukan.
Terkejut dan terdiam seketika penulis..Tidak sangka kehadiran penulis pada kali ini menjadi tugasan pertama Kedah tanpa Cheng Hoe.
Maka, tanpa berlengah lagi, penulis terus hubungi Cheng Hoe untuk ditemuramah Nadi Arena pada keesokan harinya dan dia nyata tidak keberatan menerima pelawaan berkenaan.
Rasa bertuah dapat menemuramah Cheng Hoe, banyak perkara dikongsikan mengapa dia leraikan ikatan bersama Kedah di pertengahan musim.
Walaupun sememangnya dia ada hasrat kendalikan Kedah sehingga berakhir saingan Piala FA tetapi surat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Kedah(KFA) yang diterima pada jam 11 pagi Sabtu, mengubah segalanya..dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Akui dia sedikit sedih dengan penerimaan segelintir peminat Kedah yang sukar terima keputusannya, dia jelaskan pendirian itu diambil kerana nampak komitmen tinggi pada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) yang baharu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bukan soal wang ringgit jadi ukuran tetapi dia yakin akan beroleh banyak pengalaman baharu untuk memantapkan karier kejurulatihannya tambahan Tunku Ismail sudah bercadang menghantarnya hadiri kursus latihan di luar negara.
Selain itu, dia berasakan peluang tidak akan hadir dua kali kerana jika menolaknya pada masa sekarang, kelak tawaran itu tidak akan datang lagi.
Malah dia menolak mentah-mentah cakap kosong yang mengatakan dia dalam persiapan bersama Johor DT selepas bersama dalam satu tempoh dengan skuad kebangsaan.
Maka buat penyokong Kedah, terimalah keputusan Cheng Hoe itu walaupun sepahit hempedu kerana mungkin ada hikmahnya.. mana tahu pengganti yang akan hadir selepas ini lebih baik?