Kapitalis wujud dalam pelbagai bentuk, dari sebesar entiti perniagaan yang memonopoli pasaran, sehinggalah sekecil kepada peniaga kecil yang menjual karipap kentang kurang tapi lebihnya angin, semuanya berasaskan kepada motif yang diutarakan oleh pakar ekonomi, Adam Smith.
Saat Malaysia Berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2018, maka semangat penyokong semakin berkobar kobar.
Buat peniaga, inilah masanya untuk mencari wang lebih, pelbagai idea untuk menjana pendapatan boleh dilihat antaranya menjual kemeja T/jersi tiruan, mafla, air kordial rasa paip dan burger harga pergi haji balik hari serta yang paling mendatangkan kemarahan, munculnya perniagaan ulat tiket.
Kurang beberapa jam sahaja kaunter yang dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Khamis, diberitakan tiket sudah habis terjual.
Yang tinggal hanyalah Suite Korporat yang berharga RM20 000 untuk 15 orang, dan anda tidak perlu risau dengan masalah parkir, selain turut boleh menikmati perlawanan, Sabtu ini dengan keadaan yang cukup selesa bersertakan penghawa dingin, dan lebih menarik makanan dan minuman juga turut tersedia.
Dalam erti kata lain, seorang hanya perlu mengeluarkan RM1300 ++ untuk turut bersama melihat Harimau Malaya beraksi.
Sebenarnya, FAM sudah berusaha dengan baik untuk kelancaran dalam penjualan tiket bagi kali ini.
Mereka bukan sahaja menjalin kerjasama dengan Perbadanan Stadium Nasional (PSM), tetapi turut mengagihkan kepada rangkaian pakaian sukan AL Ikhsan dan Football Republic untuk memudahkan peminat mendapatkan tiket.
Cuma, penjualan atas talian masih perlu ditambah baik terutamanya dari segi konsep penebusan.
Berbalik kepada masalah ulat tiket, mereka boleh diibaratkan merompak keseronokan umum apabila menjual kembali tiket yang dibeli dengan modal serendah RM20 sekeping dan dijual kembali di sekitar perkarangan SNBJ dengan harga RM100.
Kepada pihak berkuasa, perkara itu perlu dibendung, dan untuk masyarakat, antara usaha yang boleh kita lakukan untuk membendung masalah ini adalah, katakan tidak kepada ulat tiket, kerana berbalik semula dalam konsep asas ekonomi, apabila tiada permintaan maka tiadalah penawaran.