Seorang gagal ujian doping dan seorang lagi melaporkan dia dirogol oleh jurulatih.
Malaysia dijulang dan diraikan setelah merangkul juara keseluruhan Sukan SEA KL2017 dengan 145 pingat emas dan dalam masa yang sama diyakini bebas daripada sebarang isu doping.
Namun, selepas lima minggu, berita buruk yang diterima sedikit sebanyak mencalarkan kejayaan itu.
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan dukacita mengumumkan tiga atlet Sukan SEA gagal ujian doping dan lebih mengecewakan, salah seorang daripada mereka adalah penerjun wanita negara yang merangkul pingat emas.
Kini, teka-teki siapakah individu itu di antara pemenang pingat emas wanita, Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong, Wendy Ng, Leong Mun Yee, Traisy Vivien Tukiet, Nur Dhabitah Sabri atau Jasmine Lai.
Rakan-rakan atlet memberikan sokongan dengan menafikan atlet berkenaan mengambil dadah perangsang prestasi dan kemungkinan mengambil bahan untuk menurunkan berat badan atau untuk tujuan lain.
Ada juga kemungkinan atlet tersebut tersilap mengambil bahan itu tanpa mendapat khidmat nasihat daripada Institut Sukan Negara (ISN).
Jika didapati bersalah, atlet berkenaan boleh digantung maksimum empat tahun daripada terlibat dalam sebarang kejohanan, sekaligus menyaksikan impian beraksi di pentas Sukan Olimpik 2020 Jepun kemungkinan akan terkubur.
Kasihan dia.
Bukan itu sahaja.
Berita sukan yang kurang menyenangkan terus bermaharajalela di akbar tempatan.
Satu lagi kes serius yang dilaporkan bahawa seorang jurulatih sukan akuatik ditahan oleh pihak polis kerana didakwa merogol seorang atlet negara.
Jurulatih berusia 30 tahun itu sudah bersama pasukan negara selama lima tahun.
Kebiasaan dalam sukan, hubungan seorang jurulatih dengan atlet amat rapat kerana mempunyai objektif yang sama dan kepercayaan terjalin dalam proses itu.
Kebanyakan atlet elit meluangkan lebih banyak masa bersama jurulatih dan rakan sepasukan daripada keluarga sendiri.
Siasatan terperinci dan adil perlu dijalankan dalam kes ini kerana ia melibatkan reputasi dan karier jurulatih itu sendiri dan paling penting adalah kesihatan mental dan emosi atlet terbabit.
Apapun lumrah kehidupan, ada turun naiknya.
Paling penting kebajikan aset negara iaitu para atlet harus terus dijaga dan dilindungi.