Skip to main content

Rencana

Kasi tumbang, kasi tumbang

tinjuc9d577083d81604aa734ff0000212b38.jpg

Tinju profesional sukan untuk anak jantan.

 
Legenda sukan ini seperti Allahyarham Muhammad Ali, Joe Louis, Sugar Ray Robinson, Rocky Marciano, Mike Tyson dan Manny Pacquiao dari Filipina sudah mengecap pelbagai kemahsyuran.

Mereka terkenal di seluruh dunia, kaya dan miliki ramai peminat.

Hari ini, tiga wakil Malaysia akan cuba mengekori jejak langkah ditinggalkan legenda tinju profesional.

Muhamad Farkhan Haron, Muhamad Meeraj Omar dan Rahmat Munabjad menggalas maruah negara apabila turun dalam kejuaraan Majlis Tinju Asia (WBC) di Far East Square, Singapura.

Antara mereka, Farkhan berdepan tugas paling getir apabila merebut gelaran WBC Asia kategori cruiserweight menentang peninju Indonesia, Ellly Pangaribuan.

"Ramai yang melarang saya menyertai pertarungan ini kerana tidak sempat buat persiapan terbaik. Saya terpaksa mengurangkan 15kg berat badan dalam tempoh sebulan untuk layak beraksi dalam cruiserweight.

"Ia menyebabkan tubuh saya berasa letih. Tapi saya tiada pilihan. Saya terpaksa hadapi cabaran ini atau saya bukan anak jantan," kata Farkhan selepas sesi latihan terakhir.

Walaupun persiapan singkat, saya lihat Farkhan buat persiapan terbaik.

Antara 12 peninju, dia hadir dengan beberapa pengiring seperti rakan sepelatih, keluarga, penyokong dan pasukan media.

Sudah ada gaya profesional!

Ketika sesi timbang berat badan, kedengaran pula lagu rasmi Farkhan.

Kasi tumbang...kasi tumbang,
Bila Harimau Selatan mengaum,
Suara bukan sekadar dihalkum,
Kasi tumbang...kasi tumbang

Saya yakin Farkhan mampu melakukannya. Dia sudah melalui perjalanan sukar dan kini peluang terhidang di depan mata untuk bergelar rakyat Malaysia pertama bergelar juara tinju profesional Asia.

Pangaribuan bukan mustahil ditewaskan. Kasi Tumbang...Kasi Tumbang!

Advertisement

Must Watch Video