Cristiano Ronaldo merupakan antara sebilangan pemain bola sepak handalan dunia yang memiliki ciri istimewa seorang ‘superhero’ daripada komik mahu pun filem iaitu penyelamat.
Realitinya, penyerang berusia 34 tahun itu sudah pun memiliki kebolehan sebagai penyelamat apabila mampu menjaringkan gol dalam situasi terdesak sejak bersama Real Madrid lagi.
Kredit juga harus diberikan kepada satu lagi bekas pasukannya, Manchester United, di mana kelab Inggeris itu mengajar dia untuk mencari keunikan tersendiri kerana semua pemain juga bisa menjaringkan gol.
Kebolehan menjaringkan gol pada waktu yang diperlukan memang menjadi kebolehan Ronaldo. Ada kajian mendapati Ronaldo akan memilih keadaan dan pihak lawan yang mendatangkan manfaat kepadanya sebelum menjaringkan gol.
Banyak kali saya tegaskan dalam penulisan terdahulu, situasi seperti ini sememangnya menjadi kegemaran Ronaldo dan jaringan hatrik untuk menterbalikkan nasib Juventus di pusingan 16 terbaik Liga Juara Juara Eropah (UCL) adalah bukti terbaharu.
Kebijaksanaan Ronaldo meletakkan dirinya sangat penting kepada pasukan termasuk mencetak sejarah baharu ketika Juventus tidak pernah bangkit dengan lebih daripada 2 gol di peringkat kalah mati - berita yang mampu menenggelamkan kekalutan bekas kelabnya di Sepanyol yang tercicir pada kempen pertama tanpa dia sebagai hero.