Apa yang pasti, Arsenal tak akan ada kapten baharu untuk sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun lagi sebab Pierre-Emerick Aubameyang telah sah menyambung kontrak bersama The Gunners pada Selasa.
Penyerang Gabon ini hanya perlu menjaringkan satu gol pada aksi pembukaan musim 2020/ 2021 dimana Arsenal berjaya mencuri 3 mata dari laman Fulham – yang sekaligus meyakinkan pengurusan kelab bahawa Aubameyang masih aset yang berharga.
Aubameyang yang menyambut hari lahir ke-31 pada Jun lalu, meninggalkan gergasi Jerman, Borussia Dortmund untuk menyertai The Gunners pada Januari 2018 dan sangat pantas mencipta keserasian di Liga Perdana Inggeris sehingga menggondol Anugerah Kasut Emas pada musim sama.
Dan selepas 2 tahun, siapa sangka Aubameyang sudah merasakan London Utara seperti kampung halamannya sendiri dan Arsenal merupakan keluarganya kerana itulah yang menjadi faktor penguat - kenapa kontrak yang sepatutnya berakhir pada Jun 2021 itu lebih awal menemui hala tuju yang pastinya menggembirakan penyokong Arsenal.
Sebelum ini banyak khabar angin bertiup kencang, termasuk tawaran lumayan dari kelab hebat Sepanyol, Barcelona – namun segalanya ditamatkan Aubameyang dengan kata-kata setia kepada Arsenal.
“Saya percaya dengan Arsenal. Saya yakin kami akan mencapai lebih banyak kejayaan bersama. Ada sesuatu yang menarik menanti dan pilihan terbaik adalah kekal bersama Arsenal.”
Aubameyang turut menjaringkan dua gol ketika mengecewakan Chelsea di final Piala FA Inggeris pada Julai lalu, yang memberikan Arsenal slot automatik ke Liga Europa.

Namun sesuatu yang menarik untuk dinantikan adalah perancangan pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang berjaya melakukan tranformasi hebat dalam masa yang singkat menerusi pelantikan pada Disember 2019.
Sudah pasti ada janji yang dibuat Arteta kepada Aubameyang sehingga perpindahannya yang bernilai £56 juta itu enggan dihentikan pada kiraan dalam lingkungan 72 gol daripada 111 penampilan di semua kejohanan.
Ironinya, Aubameyang dan Arteta kini sama-sama diikat Arsenal sehingga tahun 2023 – bermakna keduanya mampu untuk bersama meneruskan perjuangan yang tamat di tangga kelapan musim lalu.
Pengurusan Arsenal juga mungkin tidak mahu gopoh dalam misi mengembalikan kejuaraan Liga Perdana yang kali terakhir dijulang pada 2004 – melihatkan bagaimana Jurgen Klopp dibiar menjalankan pelan jangka panjang yang akhirnya membuahkan hasil pada musim 2019/ 2020.
Jika ia berbaloi buat Arteta, bekas pemain tengah Arsenal sehingga bersara pada 2016 ini akan meraikan trofi ketiga sebagai jurulatih selepas turut membuka musim ini dengan gelaran perisai komuniti – begitu juga buat Aubameyang yang masih hijau di bumi Inggeris.
Dan paling teruja bukan sahaja para penyokong, tetapi juga pihak media yang sudah tampil dengan pelbagai ramalan dan analisa antaranya jodoh Aubameyang dengan Arsenal mampu meletakkan dia sebaris dengan legenda Arsenal – Thierry Henry dan Ian Wright.
Sekarang pun Aubameyang dah mencetak sejarah kecil-kecilan kelab apabila menjaringkan gol ke-50 Liga Perdana ketika buat penampilan ke-79 bersama Arsenal pada aksi menentang Norwich City, Jun lalu – jaringan yang membolehkan Aubameyang pecahkan rekod Henry sebagai pemain paling pantas dapat 50 gol iaitu dalam 83 perlawanan.
Fuhh macam mana pula penangan Aubameyang dalam musim penuh pertama dibawah Arteta ini, ye