Skip to main content

Rencana

"Kami mahukan penghormatan"

hoki-wanita_1.jpg
"Saya mahu Malaysia diberi penghormatan, di buka peluang untuk bersaing dengan pasukan Eropah menerusi perlawanan ujian mahupun aksi persahabatan."

Itu reaksi Jurulatih Hoki Wanita Negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah ketika di tanya apa kepentingan skuad negara beraksi di Kejohanan Separuh Akhir Liga Dunia selain kesukaran mereka bersaing dengan pasukan gergasi dunia.

Ramai yang berpendapat Malaysia terpaksa membayar harga yang mahal untuk sebuah penghormatan yang di  maksudkan termasuk kegagalan besar dalam perlawanan ketiga menerusi kekalahan 9-0 di tangan Belgium.

Pada Dhaarma dia sanggup menerima situasi itu andai ia jamin perubahan pasukannya satu masa kelak.

"Jangan malu dengan kekalahan besar ketika ini kerana itu lah pengajaran dan pengalaman paling bermakna untuk pasukan."

"Skuad hoki lelaki negara juga melewati situasi hampir sama sebelum ini tapi lihat di mana mereka sekarang."

Dhaarma menjangkakan perkara yang sama untuk Malaysian Tigress namun ia menuntut sedikit masa.

"Untuk Belgium capai pada tahap ketika ini, mereka sudah bersedia sejak 4 tahun lalu."

Malaysia hanya dikenali sebagai pasukan yang begitu kerdil sebelum ini.

Namun saingan Separuh Akhir Liga Dunia di Brussels Belgium seakan peluang terbaik yang dimiliki anak buah Dhaarma Raj Abdullah mencuri perhatian pasukan gergasi agar ada kerjasama melibatkan mereka selepas ini.

Semangat melawan Malaysia yang ditonjolkan dalam 2 aksi awal sekurang-kurangnya buka mata pasukan Eropah, apabila Sepanyol dan Belanda mula membuka ruang untuk mengadakan aksi persahabatan dengan Malaysia selepas ini.

"Kita pernah minta untuk sebuah aksi persahabatan dengan mereka sebelum ini namun tidak pernah di endahkan, semangat melawan yang di tonjolkan Malaysia dalam aksi separuh akhir liga hoki dunia membuktikan Malaysia ada kredibiliti cuma perlu di asah kemampuan mereka, kini dua pasukan ini sudi untuk beri kerjasama selepas ini dan ini merupakan perkembangan baik untuk pasukan kita,"

"Kita perlukan bantuan pasukan gergasi seperti mereka, bagi memastikan peningkatan prestasi negara pada tahap yang sepatutnya."

Malaysia bakal berhadapan dengan New Zealand dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Selasa.

 

Advertisement

Must Watch Video