Skip to main content

Rencana

Kami dulu macam JDT la -- Radhi Mat Din

radhi-mat-din.jpg

Sepanjang lima hari berada di Alor Setar untuk membuat liputan mengenai persiapan Kedah menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 menentang Selangor pada Ahad, ramai kenalan baru penulis temui.

Antaranya Kak Don, pelukis kreatif kain rentang Helang Gergasi di Sik, daerah yang terletak lebih kurang sejam dari bandar Alor Setar. Kak Don dan rakan-rakan memang peramah atau orang utara cakap, sempoi bak hang.

Selain daripada penyokong Kedah, penulis juga rasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan idola zaman main bola masa kanak-kanak, Radhi Mat Din.

Pada awalnya, bekas kapten Kedah itu seolah tidak mahu menerima pelawaan penulis untuk ditemuramah, tetapi selepas dipujuk barulah beliau sudi untuk berjumpa di warung yang diberi nama Roti Jala Kak Ina.

Nampak memang garang Radhi Mat Din, tetapi selepas berbual lama, Radhi yang lebih mesra dipanggil abang Radhi berbanding Coach Radhi memang sempoi bak hang jugak.

Banyak perkara dikongsi, baik cerita dalam padang mahupun luar padang, abang Radhi langsung tidak lokek untuk mengimbau semula kenangan lama walaupun ada perkara tertentu yang tidak digemarinya.

Sambil menjamu roti jala kuah durian dan menghirup kopi o panas, penulis tertarik dengan kenyataan bersahaja abang Radhi ketika bercerita mengenai pasukan Kedah pada zamannya era90an.

"Secara dasarnya, pasukan Kedah pada tahun 1992 dan 1993 mempunyai kombinasi terbaik. Saya anggap kalau keadaan hari ini seolah macam pasukan Jdt dimana ada pemain tempatan dan import yang terbaik di Malaysia", ujar abang Radhi selaku kapten paling lama skuad Hijau Kuning dari tahun 1991 hingga 2000.

Sememangnya, Radhi Mat Din merupakan legenda bola sepak negeri jelapang padi kerana beliau menghabiskan keseluruhan karier bersama kedah sebagai pemain tengah.

Anak kelahiran Pokok Sena ini beraksi tujuh kali dalam perlawanan akhir Piala Malaysia dari tahun 1987 hingga 1993, namun meraih kejuaraan pada 1990 dan kejayaan pada 1993 paling manis buat dirinya kerana bertindak selaku ketua pasukan.

Radhi Mat Din, legenda bola sepak Kedah, biar jasa jadi kenangan.

Advertisement

Must Watch Video