Zinedine Zidane sudahpun tahu maksudnya apabila nama Florentino Perez terpampang di skrin telefon bimbitnya hujung minggu lalu.
Ketika kegagalan terbaru Real Madrid masih berbahang sejurus tersingkir kepada Ajax dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), presiden Real Madrid itu tidak berlengah menghubungi jejaka yang disifatkannya sebagai jurulatih terbaik di dunia.
Permintaannya amat ringkas: “Kembalilah.” Dan pengumuman Zidane untuk kembali mengemudi kelab bermasalah itu semalam juga singkat: “(Kerana itu) saya berada di sini.”
Tapi, sama ada disedarinya atau tidak, bukan namanya tapi Jose Mourinho yang sudah tertulis untuk menggantikan Santiago Solari yang baru dipecat semalam sehinggalah tampil empat bintang Los Blancos yang menentang pelantikannya.
Mourinho kali pertama memimpin Madrid di antara 2010 dan 2013 yang menyaksikan kelab itu mengecapi 128 kemenangan daripada 178 perlawanan hingga menjulang trofi LaLiga dan Copa del Rey.
Dipecat Manchester United, Disember lalu, jurulatih berusia 56 tahun itu harus sudah berkira-kira untuk kembali ke Sepanyol selepas pemecatan Solari, yang di bawah tangannya, Madrid berjurang 12 mata dengan Barcelona di tangga teratas, terkeluar daripada Copa del Rey kepada lawan yang sama sebelum tersembam 1-4 angkara Ajax di Bernabeu dalam pertemuan kedua pusingan 16 UCL.
Sehingga detik Perez bersiap-siap untuk menghadiri mesyuarat lembaga pengarah kelab semalam, nama Mourinho kekal pilihan teratas tapi seperti dilaporkan The Daily Mail, bukan semua gembira dengan pencalonannya.
Kapten, Sergio Ramos, akan membawa haluan sendiri musim panas nanti tatkala dia memasuki tahun terakhir kontraknya sambil Gareth Bale pula masih mendendami pengurus itu kerana kegagalannya berpindah ke United sebelum ini.
Marcelo dan Karim Benzema turut mengancam untuk meninggalkan Madrid andai Mourinho dilantik dan keempat-empatnya sudah menyatakan pendirian mereka itu kepada Perez.
Lantas, Zidane dilihat sebagai jalan keluar terbaik.
Selepas hanya dua perbualan telefon dengan Perez, Zidane memberi persetujuannya untuk mengendalikan Madrid semula selama tiga tahun hingga musim panas 2022.
“Saya tidak dapat nak mengatakan tidak,” katanya, “Saya berada di sini kerana presiden menghubungi saya.”
Maka, selepas 284 hari meninggalkan Madrid pada Mei tahun lalu – selepas tiga trofi UCL berturut-turut dan menekankan peri pentingnya kelab itu melakukan perubahan – Zidane kembali mengatur langkah di Santiago Bernabéu sambil ditemani isterinya, Veronique, dan siapa lagi kalau bukan Perez.
Dalam pada itu, Zidane tidak pun perlu diingatkan bahawa keadaan telah banyak berubah.
Kembalinya dia adalah pada ketika Madrid sekadar mengisi tangga ketiga LaLiga di belakang Atletico Madrid dan Barca; dan kerja-kerja pembinaan semula pasukan akan menjadi sesuatu yang amat sukar dan memerlukan kerja keras, pelaburan besar di samping keyakinan dan kesabaran.
Jika sepeninggalannya hampir sembilan bulan itu menjadi masalah buat Madrid, kini ia menjadi masalahnya untuk diselesaikan.
“Saya menghabiskan sembilan bulan lalu mengecas bateri-bateri saya,” kata Zidane. “Kini saya sudah bersedia untuk mengharungi pengalaman melatih Madrid semula.”
Lagipun, rezeki tidak hanya datang tidak dijangka tapi bersamanya dugaan yang berat juga.