Skip to main content

Rencana

Kalau aku jurulatih bola sepak...

hi-res-13ae8d5a2baa94e514fed09e6d5c0203_crop_north.jpg
Damansara | 2.30AM July16

Sementara tengah nak menunggu perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung jam 3 pagi (al maklumlah sejak liga mula balik ni, hari hari ada game bola) tiba-tiba penulis terfikir, kalau penulis jadi jurulatih bola sepak, siapa pemain yang membarisi kesebelasan utama dalam satu pasukan bola sepak.


Jadi bermulalah angan-angan mat jenin penulis, boleh lah isi masa lebih kurang 30 minit sebelum perlawanan Arsenal lwn Liverpool bermula.

Macam biasa, bila nak pilih pemain dalam pasukan, nombor satu mesti nak kena pilih formasi apa yang mahu digunakan.. 4-4-2? no! 4-3-3? pun tidak 4-5-1? errmm.. rasanya penulis mahu menggunakan formasi 4-1-4-1. Okay tak? nama pun berangan, apa salahnya kan..


Pertahanan

Okay jom kita mulakan dari bahagian pertahanan. Berada di barisan benteng terakhir, penjaga gol pilihan penulis merupakan kapten untuk kelab Bayern Munich, juga kapten untuk pasukan kebangsaan Jerman. Memiliki master dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan, individu yang dimaksudkan ialah Oliver Khan. Sebut je nama Khan, rasanya peminat tegar bola sepak mesti betapa 'ganas' dan 'gangster' penjaga gol ni. Kalau Khan duduk di gawang gol tu, silap-silap penyerang pasukan lawan tak nak main, tak pun cedera kene terajang dengan Khan. 

Bermula dari sebelah kiri, penulis memilih Roberto Carlos, Nemanja Vidic, Jaap Stam dan Philipp Lahm. Gandingan pemain dari Brazil, Serbia, Belanda dan Jerman. Dua pemain kental di bahagian kanan dan kiri, kedua-dua pemain ini juga mampu melakukan 'overlapping' dan hantaran lintang selain mempunyai kelebihan dalam situasi bola mati. Gandingan Vidic/Stam juga sudah cukup melegakan penulis untuk situasi bola di udara dan tidak perlu risau andai penyerang pasukan lawan gagah seperti Adriano ataupun Gabriel Batistuta.


Tengah


Bahagian tengah memang cukup memeningkan kepala penulis. Terdiam sejenak untuk beberapa minit, akhirnya penulis memilih Paul Scholes selaku pemain tengah bertahan. Memiliki kualiti hantaran jauh yang pada penulis boleh diibaratkan sempurna, corak permainan keras Scholes yang sering melakukan 'intercept' juga merupakan faktor mengapa beliau sering dianggap pemain tengah 'sempurna' pernah dilahirkan England.

Empat lagi pemain tengah bermula dari sebelah kiri ialah legenda Czech dan Juventus Pavel Nedved. Penulis secara peribadi memang menggemari corak permainan Nedved yang gemar melakukan larian deras (diikuti alunan rambut disapa angin) ke dalam sebelum melakukan rembatan/hantaran. Tak hairan jika beliau merupakan satu-satunya pemain Republik Czech yang memenangi Ballon d'Or.

Dua maestro yang penulis gabungkan di bahagian tengah ialah gandingan dua 'pemain dari kayangan' buat negara Perancis dan Argentina iaitu Zinedine Zidane dan Juan Roman Riquelme. Zizou tidak perlu penulis perkatakan apa lagi, perkataan paling sesuai buat Zizou adalah 'pemain sempurna'. Manakala bagi Riquelme, pemain yang tidak banyak bercakap, malah sering dikatakan lembap dan perlahan, tetapi 'pace' yang dimilki Riquelme adalah unik dan tiada pada pemain lain sehingga kini. 

Di bahagian kanan, nama Cristiano Ronaldo adalah individu pertama yang terlintas di fikiran penulis. Berasal dari Madeira , Portugal dan bukan pemain yang dianugerahkan bakat semulajadi, tetapi usaha dan kerja keras yang tidak mengenal erti lelah meletakkan Ronaldo kini berada pada kelasnya yang tersendiri.

Serangan

Memilih menggunakan penyerang tunggal, penulis merasakan Thiery Henry adalah individu paling sesuai. Bayangkan betapa mudahnya tugas Nedved, Zizou, Riquelme dan Ronaldo andai Henry yang berada di bahagian atas. Asal jolok je bola, mesti gol. Boleh jaringkan gol melalui rembatan, 'placing', tanduk, lutut, dada sebut apa sahaja, semua bahagian tubuh boleh menjaringkan gol.

Okay cukup dah 11 pemain pilihan penulis, soalan yang bermain di fikiran, siapa nak jadi ketua pasukan? Siapa ye? Penulis tak boleh buat pilihan, tetapi mungkin sama ada Oliver Khan ataupun Zizou.

Fuh... tengok balik senarai pemain dari penjaga gol hingga penyerang, takut pulak rasanyan nak jadi jurulatih kepada semua pemain-pemain ternama ni. Sedar tak sedar, perlawanan Arsenal lwn Liverpool wisel sepak mula pun sudah ditiupkan. Apa lagi, jom layan bola. Terima kasihlah sudi layan cerita fiksyen penulis. 

Advertisement

Must Watch Video