Kehangatan saingan Liga Malaysia 2018 terutama membabitkan kancah Liga Super jelas dirasai oleh semua pasukan yang bertanding termasuk penyokong tanahair.
Baru empat perlawanan, warga bola sepak tanahair sudah disajikan dengan pelbagai cerita menarik dalam mahu pun di luar padang dan sudah pasti, paling mencuri tumpuan kita adalah berita mengenai pemecatan jurulatih.
Mangsa pertama ialah Sathit Bensoh yang dipecat Persatuan Bola Sepak Kelantan KAFA selepas pengendali dari Thailand itu gagal memastikan The Red Warriors meraih kemenangan daripada tiga perlawanan pertama liga.
Kedua ialah pengendali Johor Darul Takzim, Ulisses Morais, namun kes yang berbeza di mana Morais dikatakan meninggalkan skuad Harimau Selatan adalah kerana faktor keluarga walaupun cakap-cakap nakal berlaku perbalahan antara dia dengan individu tertentu.
Dan terbaru ialah Jorg Steinebrunner, dipecat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan PBNS selepas turut gagal membantu pasukan mencapai keputusan positif.
Ketika Kelantan dan JDT masih mengenalpasti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan, skuad Jang sudah mempunyai pengganti iaitu Azraai Khor Abdullah, diumumkan jurulatih baru pasukan itu pada Rabu.
Ketiga-tiga jurulatih yang dipecat atau meninggalkan pasukan itu ialah jurulatih luar dan mencuri perhatian penulis berdasarkan kedudukan Liga Super selepas empat perlawanan, jurulatih asing lebih bergelut dengan prestasi pasukan masing-masing berbanding pengendali tempatan.
Maka, tidak hairan ia membawa kepada penyingkiran Sathit dan Steinebrunner di samping kedudukan jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel tampak dalam bahaya.
Ketika kehadiran jurulatih asing disanjung tinggi, pengendali tempatan pula menyerlah setakat ini menyaksikan lima pasukan teratas Liga Super kecuali JDT ketika ini di bimbing anak watan.
Paling menyerlah, pengendali berpengalaman Irfan Bakti apabila pasukannya, Terengganu muncul satu-satunya pasukan yang belum tewas daripada empat perlawanan.
Namun, masih terlalu awal untuk meramalkan kemampuan mereka untuk kekal konsisten kerana dalam bola sepak apa-apa boleh berlalu, jadi seharusnya ia momentum itu dijadikan sebagai cabaran kepada mereka untuk terus maju bersama pasukan masing-masing selepas ini.