Dilantik sebagai kapten Liverpool sejak 2015 masih belum menjamin populariti Jordan Henderson dalam kalangan media antarabangsa jika dibandingkan dengan rakan sepasukan lain seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan Virgil van Dijk.
Namun, kejayaan memimpin pasukan dalam mengembalikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 30 tahun, melayakkan pemain tengah kelahiran Sunderland ini dinobat sebagai Pemain Terbaik 2019/ 2020 oleh Persekutuan Penulis-Penulis Bola Sepak (FWA).
Anugerah ini menjadikan Henderson sebagai pemain Liverpool ke-12 yang menerima pengiktirafan FWA – dimana Mohamed Salah merupakan pemenang 2 tahun lalu, selain Luis Suarez dan bekas kapten kesayangan ramai, Steven Gerrard.
Pemain berusia 30 tahun ini menerima lebih suku undian untuk menewaskan Top 5 anugerah ini yang turut menyenaraikan Virgil van Dijk dan Sadio Mane, selain pemain Manchester City, Kevin De Bruyne dan Marcus Rashford dari Manchester United.
Senarai Top 10 juga tidak kurang hebatnya dengan nama-nama besar seperti Raheem Sterling dan Sergio Aguero yang mampu membuat mana-mana pemain merasa bangga – Namun tidak bagi Henderson yang meraikan trofi pertama bersama Liverpool menerusi Piala Liga pada 2012, selepas setahun berada di Anfield.
Tranformasi hebat Henderson sebagai Kapten pula hanya menyaksikan dia umpama mengikut resmi padi ‘semakin tunduk semakin berisi’ bak peribahasa melayu – dengan rendah diri Henderson memastikan Liverpool memenangi 3 gelaran pada 2019 – Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.
Bolehlah dibayangkan betapa bermaknanya kejuaraan Liga Perdana kepada Henderson tetapi sebaik menerima anugerah peribadi yang menilai 12 bulan pencapaiannya, sedikit pun Henderson tidak menyentuh tentang diri sendiri dan lebih suka menggunakan perkataan ‘kami’ berbanding ‘saya’.
“Kami menikmati semua kejayaan ini kerana setiap seorang daripada kami memainkan peranan dengan bijak. Bukan hanya ketika berada di atas padang menghasilkan momen yang menjadi tajuk berita tetapi juga semasa latihan harian.”
“Jadi, saya terima anugerah ini bagi pihak rakan sepasukan kerana tanpa mereka, saya tidak akan berada dalam posisi yang sesuai untuk sebarang pengiktirafan. Rakan sepasukan saya telah menjadikan saya pemain, pemimpin dan individu yang lebih baik.”

“Maka saya berharap pihak yang telah mengundi saya untuk anugerah ini turut mengiktiraf keseluruhan skuad di atas sumbangan mereka.”
Kata-kata yang dianggap menyentuh hati rakan sepasukan dan penyokong setia Liverpool ini benar-benar menyerlahkan kematangan Henderson sebagai ketua pasukan – rasanya tidak keterlaluan kalau Henderson dikatakan mampu sebaris dengan Steven Gerrard jika jodohnya dengan Liverpool berpanjangan.

br />Well deserved, couldn’t give it to a better guy! MY CAPTAIN ❤️ https://t.co/A41L2yDQfW
— Andy Robertson (@andrewrobertso5) July 24, 2020