Dalam sembilan saingan kelayakan Piala Dunia 2018 zon Eropah pada awal pagi tadi, pertemuan di antara Jerman dan San Marino adalah yang paling menarik perhatian penulis.
Ia adalah pertembungan dua pasukan dengan jurang ranking paling besar, menjadikan ia menarik mengatasi keputusan 7-0 diraih Jerman dalam perlawanan itu.
Juara Dunia itu kini berada di tangga ketiga dalam ranking dunia FIFA manakala San Marino pula menduduki tangga ke-204, iaitu kelapan tercorot.
Dalam senarai Eropah pula, Jerman adalah pasukan nombor satu dan San Marino kedua tercorot selepas satu lagi pasukan kerdil, Gibraltar.
Malah, negara kecil di dalam Itali itu pernah menduduki ranking terbawah dunia pada Julai hingga Oktober 2014.
Dengan keluasan negara ketiga terkecil dalam Eropah dan kelima di dunia, berkeluasan 7.09 kilometer persegi dan memiliki populasi 4,128 orang, bukanlah mudah untuk San Marino bersaing dalam benua bola sepak terbaik dunia.
Walaupun Persatuan Bolasepak San Marino sudah terbentuk sejak 1931, mereka tidak memiliki pasukan kebangsaan sehingga 1986 apabila negaranya menyertai Sukan Olimpik 1988, walaupun ia dianggap bukan pertandingan rasmi.
Perlawanan rasmi FIFA pertamanya adalah ketika tewas 4-0 kepada Switzerland dalam kelayakan Euro pada 1990.
Sejak itu, San Marino tidak terlepas menyertai kelayakan Euro dan Piala Dunia, dan meraih kemenangan tunggal menewaskan Liechtenstein 1-0 dalam perlawanan persahabatan pada 2004. Ia juga menjadi kemenangan terbesar mereka.
Skuad San Marino, yang dibarisi pemain yang mempunyai pekerjaan tetap lain, sudah terbiasa dibelasah teruk oleh gergasi bola sepak Eropah, termasuk satu-satu jirannya, Itali.
Sebelum tewas kepada Jerman 7-0 awal pagi tadi, mereka tewas 8-0 kepada Itali pada awal bulan ini, kalah 6-0 kepada Republik Czech pada Mac, dua kali kalah 2-0 kepada Moldova pada Feb dan Mac.
Itu baru rekod tahun ini dan tidak termasuk keputusan tahun lalu yang diakhiri dengan kekalahan di tangan Jerman 8-0.
Malah, Jerman adalah pemangsa paling berjaya kerana merekodkan kemenangan terbesar, iaitu 13-0 pada 6 September 2006.