Saya sempat bertegang leher dengan adik mengenai siapa akan menang. Dia peminat Azmi.
Pelari dilepaskan dan selepas 30m, saya tahu Watson akan menang.
Advertisement
Dia meraih pingat emas untuk Sarawak dengan catatan 10.33 saat dan selepas itu, zaman kecil saya diwarnai fenomena Watson-Azmi.
Setiap perlumbaan lumba lari di sekolah mahupun ketika Pendidikan Jasmani, kami akan berebut untuk menjadi Watson - yang lebih matang akan mengalah memilih Azmi.
Saya hanya tersenyum sendirian mengimbau bagaimana pengaruh Watson-Azmi sedikit sebanyak mempengaruhi saya menjadi wartawan sukan.
Hari ini, saya gembira dapat bekerjasama dengan kedua-dua legenda itu walaupun dalam situasi yang berbeza - saya mengikuti perkembangaan jelmaan mereka.
Dua pelari yang mempunyai aura hampir sama, Badrul Hisham Abd Manap dan Khairul Hafiz Jantan.
Kedua-dua pelari ini mempunyai catatan hebat walaupun masih bergelar budak sekolah.
Badrul, pelajar Pra Universiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor berjaya memecah rekod kebangsaan 100m, 10.29 saat ketika mendominasi Kejohanan Olahraga Sekolah-
Sekolah Asean di Brunei, bulan lalu.
Khairul pula, pelajar tingkatan lima sekolah sama, memiliki catatan terbaik 10.59s dan dianggap musuh ketat Badrul.
"Sebelum ini, Badrul sentiasa ketinggalan dibelakang Khairul. Tetapi pada hari kejohanan, dia seolah-olah meletup dan mencipta sesuatu yang tidak pernah dijangka.
"Tapi saya gembira kerana mereka bersaing sengit dan sentiasa memaksa lawan mengerah larian terbaik setiap kali berlatih. Saya fikir itu kunci utama kejayaan Badrul," kata jurulatih olahraga SSTMI, Mohd Poad Kassim.
Perlu diingatkan, mereka masih pelajar sekolah.
Masih banyak potensi sebenar ada dalam tubuh mereka dan berdasarkan kajian, potensi terbaik seseorang atlit akan terserlah pada usia 23-25 tahun.
Tidak kira siapa lebih hebat, yang penting arena olahraga akan kembali hangat dengan persaingan Badrul-Khairul. Sama seperti Stadium Darul Makmur yang penuh ketika ketika Watson menewaskan Azmi pada final 100m Sukma 1996.